BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 8, 2012

luahan untuk seorang insan bernama lelaki...

kau bingkai hari demi hari dengan sahajamu...
kau sematkan nama-nama cintamu di dalamnya..
langit bertasbih kepada Sang Raja Hari 
dan kupastikan mendoakanmu...

cahayaku...
seibu puisi yang pernah ku buat tersimpan rapi
di piala hatiku..
kupastikan semua berkisar tentang seorang lelaki...
tahukah kau siapa lelaki itu...???
dia yang sedang membaca puisi buruk ku ini...
kaulah susuknya...

hari berganti, waktu pun berlalu...
tak mahu memahami...
kisah yang telah kau berikan kepadaku kini,
ku bingkai indah...
seperti kau membingkai hari..
tak mahu ku hapus, walau dengan kehadiran putera lain...
tak mahu kutinggalkan meski sekejap saja dalam kesedaranku...
tapi kini kita telah jauh...
di tanah yang berbeza kita berpijak...
kini kubuka semua...
kini ku paparkan segalanya...
bahawa sebenarnya dalam tatapanku ada cinta untukmu....
maafkan jika aku lancang menyerahkan diri...
disini aku menunggu kau datang...
untuk membawa ku pergi menuju mimpi indahmu...
mengayuh dayung melewati samudera hari yang penuh gelombang...
bersama mentari pagi
aku akan sentiasa menantimu....

nurfarhanim akmal mohd khalid
( cik farha a'a )
8 januari 2012
11.22 pm

0 comments ::