BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 12, 2013

:: Andai itu Telah Tertulis Untukku ~ Part 1 ::


inikah yang perlu aku lalui...??kenapa aku..??kenapa...~~~!!!????? "ya Allah..aku dah tak kuat untuk hadapi semua ni...Kau berikanlah aku kekuatan untuk lalui dugaan yang telah engkau berikan kepada aku saat ini.. Ya ALLAH, jika suatu saat aku kehilangan tujuan dan harapan, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan impikan"pinta Damia dalam doanya.

*******

"hai Damia.." sapa Asyraf.. Lantas Damia mendongak untuk melihat orang yang menyapa di perpustakaan itu. "ekh..hai Asyraf..". "Mia sorang je ke..ermm..boleh Acap duduk sekali tak dekat sini..?"soal Asyraf. "Ha'ah..Mia sorang je..member-member lain semuanya ada hal..rasa bosan tu yang datang sini..at least dapat juga cari mood untuk study" ujar Damia sambil melemparkan senyuman pada Asyraf. Dan kerana senyuman Damia itulah yang telah membuatkan Asyraf meminatinya dalam diam. "Lepas ni Mia free tak.? Ingat nak ajak Mia minum-minum dekat kafe bawah tu.?". "errmmm..free je..kalau macam tu kita pergi sekarang lah..dah lama sangat menghadap buku ni..hehe.."

Damia. Insan yang pernah dilukai hatinya oleh insan bernama lelaki. Disebabkan itu, Damia susah dan berhati-hati dalam memilih insan yang akan singgah dihatinya sehingga ke akhir nyawanya. Saat itu, kenangan lama kembali menghantui fikiran Damia.

******

"Mia..! Mia..! ekh..jom ikut aku kejap..ada something yang aku nak tunjuk kat kau ni..antara kau percaya dengan tidak je.." ujar Tasya. "Errmmm...apa dia Sya..?" "Mia, kau tengok tu..Kau tengok dengan mata kau sendiri. Tu si Fahmi kan..? Dah lama aku perhatikan dia selalu je dengan budak perempuan tu. Dia tak ada cakap apa-apa pada kau ke..?"aku dihujani pertanyaan dari Tasya. "ermmm..tak apa lah Tasya. Nanti aku tanya pada Fahmi sendiri. Maybe kawan je kot." jawapan sekadar hanya untuk menyedapkan hati sendiri.

Keesokkan harinya, Damia pergi berjumpa dengan Fahmi untuk bertanyakan apa yang dilihatnya semalam. "ermmm,awak..sapa budak perempuan yang dengan awak semalam tu.? Bukan main mesra lagi.? Bukan ke awak cakap semalam awak nak siapkan assignments awak.? Tapi kenapa semalam saya nampak awak dekat mall dengan seorang budak perempuan. Siap berpegangan tangan lagi...???".. "Ekh, yang awak sibuk-sibuk nak tahu tu kenapa...? Dia tu junior saya je lah. Adik angkat saya..Dah semalam saya bosan, saya keluarlah sekejap."jawab Fahmi. "Awak, saya tak buta lagi. Saya tak bodoh lagi untuk apa yang saya nampak semalam tu awak. Kalau betul lah takkan la sampai berpegangan tangan, mesra sangat. Kalau awak rasa awak dah tak nak dengan saya, fine...awak terus terang je dengan saya. Tak perlu nak bohong saya, tak perlu nak mainkan perasaan saya...! Mana janji-janji awak sebelum ni..? ha..???awak ingat saya ni patung, yang tiada perasaan...!"ujar Damia dan disaat itu air matanya jatuh berguguran ke bumi. "Ish...~~awak ni...ok...enoughh...!!urrgghhhh~~~!!!" jerit Fahmi sambil berlalu pergi.

teeettt...teeett...~~~"awak, saya nak putuskan hubungan kita. saya dah ada orang lain. salam.~Fahmi." . Mesej yang diterima dibaca dan riak wajah Damia terus bertukar. Berderai airmata Damia saat itu. Damia memikirkan apa salahnya sehingga Fahmi sanggup buat begitu padanya.. Mana janji yang telah dilafazkan semasa mereka berjumpa kedua orang tua Damia..? Itu yang buat Damia berasa kesal terhadap Fahmi. Betullah cakap orang, cinta itu buta...dan manusia akan menjadi buta apabila dikelilingi dengan kecantikkan dunia semata dan kekayaan. Sejak dari tu, Damia susah nak percayakan lelaki dan susah untuk menerima lelaki yang cuba hadir dalam hidup dia.


BERSAMBUNG.........

0 comments ::