BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 22, 2013

Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu


hyep..~~~
asssalamualaikum....
heee...ok...
lets aQ straight to the point...
entry kali ni adalah untuk mengingatkan diri aQ dan juga kawan2 yang lain sebagai seorang pelajar...
jom kita muhasabah diri kita semula...
adakah betul jalan yang aQ ikut sebagai seorang pelajar...???
ni aQ copy dari Prof Dr Muhaya



1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/


Sunday, February 17, 2013

nescafe 3 in 1

guess what guys..???
hehehe...addicted to nescafe..??
yes..
i do... :)
gila yang aq sebenarnya kaki Nescafe...
my paberet drink kot... 
heee...
actually its not good for our health...
lagi-lagi yang macam aQ ni..
yang dah sedia ada migrain.. :)
korang tau tak apa sebenarnya kandungan yang terkandung dalam nescafae 3 in 1 ni..?

Nescafe 3 in 1 Classic
Instant Coffee with Cream and Sugar in individual pockets
The package contains 10 individual pockets ("sticks") 18g each - Net 180g 

Nescafe 3 in 1 Classic - offers exceptional composition of coffee, milk and sugar.

Ingredients: Sugar, Glucose Syrup, Hydrogenated Vegetable Fat, Instant Coffee (10.6%), Skimmed Milk Powder, Milk Proteins, Acidity Regulator (E340ii, E331iii, E450v, E451ii), Emulsifiers (E472e, E471), Stabilizer (E339).

and satu lagi kandungan dia adalah kafein...
korang tau tak apa itu kafein..?

Kafein nih adalah sejenih bahan kimia a.k.a sejenis dadah yang terdapat dalam daun ataupun tumbuh tumbuhan. Rasa kafein nih pahit dan memberi kesan buruk kalau di consume secara berterusan, dengan banyak dalam kuantiti yang banyak.

Sekiranya kafein diambil, kafein akan merangsang sistem saraf manusia dan kemudian akan meningkatkan level kepekaan seseorang, memberi tenaga dan of course tahan mengantuk.

so, bila kita terlalu banyak + kerap mengambil nescafe 3 in 1 ni, ni lah effect yang kita akan dapat :
1. Boleh merosakkan buah pinggang.  guys, buah pinggang tak jual kat kedai tau? Jaga elok elok.
2.  membahayakan jantung. Bahaya macam mana tu tak payah tanya. fikir la sendiri yer... Kalau dah nama bahaya tuh, bahaya jugak.

kalau nescafe yang biasa plak macam mana ekh..??apa kesannya..???

1. Cenderung kepada penyakit osteoporosis, yang mana badan kekurangan kalsium dek kerana kafein yang mengurangkannya

2. Kencing yang sangat kerap, yep, SANGAT kerap kalau kerap minum Nescafe. Aihh, berapa banyak kerap dahh ( ye la..sebab kafein ini sejenis bahan perangsang)

3. Susah nak tidur. Agak lah jugak. Keadaan dia mengantuk tapi tak berapa boleh nak tidur. sapa yang nak stay up untuk study mesti selalu minum kan...(macam aQ la gak...)..
:P

so, korang dan diri aQ sendiri, marilah kita sama2 fikir balik mana yang terbaik utk diri kita... 
_peace_
_assalamualaikum_
^^,



Saturday, February 16, 2013

trolls everywhere...~~!!


hey omooo..omooo...~~!!
okey guys just nak share dgn korang je sebenarnya..agahaha..~~
trolls-trolls yang boleh kita buat as a students..
ahaha..


haha..ni rasanya perkara biasa kot..
kat kelas aQ pun sama je...
ye la..kelas start pukul 8 am till 5 pm...
sapa je yg tak stress wyh..~~~!
ngeee..hehe


ha..yg kedua tu...
korang pernah buat tak...
agagagaga~~~!!
hahaha...
so, kalau yang buat tu..pandai2 la cover ye,,
jgn sampai terkantoi plak...
nom nom nom....
:P


yang ketiga ni...
masa techik-techik..
cuba fikir...
pernah buat tak..??
at least salah satu kat atas tu korang pernah buat kan..
hehehe...


Thursday, February 14, 2013

setia hujung ..... ^^,


hola...~!
assalamualaikum semua...
seyesly dah lama tak mengupdate blog ni...
dah bersawang + berhabuk...heee~~
tak sempat nak update blog ni selalu sebab dah start busy dengan praktikal...
ditambah pula keadaan diri yang tak mengizinkan...
alhamdulillah...luckily dapat praktikal kat Hospital Sg Buloh...
dekat sikit nak ulang-alik ke asrama eventhough berjalan kaki...
cumanya..tekanan + bebanan + tanggungjawab je yg membesar di sem akhir ni..
adoiyai..
takpe lah...ambil sebagai cabaran diri.. :)
heee...sebenarnya kan aQ baru je follow drama Setia Hujung Nyawa tu..
(ahaha...ketinggalan betul deh..dah habis baru nak tgk...)
baru je tengok sampai episode 9..
apa yang aq boleh conclude la setakat ni, 
bila kita nak berkahwin nanti, carilah pasangan yang sesuai untuk kita...dan yang penting restu dari ibu bapa kita sendiri...
ok..
tanpa restu hubungan tu takkan kemana pun...pengakhirannya juga kita tak tahu...
cari yang boleh ambil hati orang tua kita ye..heee...~~ :)
kalau takde restu ni, hidup kita tak tahu apa akan terjadi...susah diri nanti...
but one thing la bila tengok cerita tu, aq tersenyum + tersengih sorang2 depan lappy aq ni ha...
sweet sangat dyorang lepas kahwin..
(ahaha...berangan je lebih hanim ni....)
lagi-lagi kan bila tengok ramai je kawan2 batch yang dah selamat mendirikan rumah tangga dan bertunang tu...
bila tengok gambar2 mereka..kat hati tu kadang2 terdetik gak..
"bila la masa aq ye..???"
tapi takpe...Allah dan tentukan jodoh untuk kita...
just wait dan berdoa supaya diberikan yang terbaik utk kita..
:)
to remind my self too...cari orang yang sayang kita...jangan buang masa untuk orang yang salah...cari yang boleh hormat diri kita dan juga keluarga kita...

# putih-putih melati..
merah-merah delima...
siapa yang baik hati..
pasti akan ku terima..