BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 18, 2012

:: JODOH ::


"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

assalamualaikum...
salam hamba hulur tanda ingatan....
cewahhh~~~~nak menyanyi dah plak...
hihihihi..~~ (ketawa sopan jap)~~~~
okies...
entry kali ni tetiba je nak tulis pasal JODOH...
makna ayat al-quran dr surah Ath-Thalaq kat atas tu...cuba korang fahamkan makna ayat tu..

ok.....aQ ada update satu status dalam satu laman sosial....status aQ tu macam ni.. --> "Tiada CINTA paling selamat melainkan selepas Ijab dan Qabul dan tiada CINTA paling abadi melainkan CINTA Agung hanya kepada-Nya.."

and suddenly ada seorang hamba allah ni pm kat aQ and he ask me one questions...
dan beginilah perbualan kami..

he : ape yg kamu fhm dgn txt yg kamu post blh share ckit jd r

me : ok.....apa yg sy tulis ni just opinion sy je...kalau salah, maaf...cinta selepas ijab dan qabul ni lg selamat dan terjamin sbb kita bercinta dgn org yg betul, berhak dan halal untuk kita...kalau kita bercinta sblm nikah ni bnyk perkara yg perlu kita fikir...betul ke dia ni akan menjadi yg halal untuk aku..??adakah dia benar2 syg kita, cinta pada kita...means segalanya tak terjamin lagi...takut kita bercinta pada org yg salah..memberi sayang kita pada orang yang salah..  dan sesungguhnya walau apapun cinta yg abadi tanpa perlu keraguan hanyalah cinta kepada NYA..  Allah sentiasa ada bersama di sisi kita sentiasa..

he : thats right..soalan nyer..dpd mnakah kte ingin dpt kn cinta yg sbnar

me : cinta yg sbnr tu hanya Allah yg tahu...ajal, maut, jodoh dan pertemuan tu semua nya dah tertulis...cuma kita tak tahu sapa cinta sbnr kita..pada masa yg sama kita kena lah berusaha dan berdoa agar kita dapat jodoh yg sebenarnya..

dan itulah serba sedikit perbualan antara kami...jodoh untuk kita tu memang dah di tetapkan oleh Allah...ajal, maut, jodoh dan pertemuan tu dah disusun untuk kita..untuk jodoh tu kita juga perlu berusaha mencari...
antara jodoh pilihan hati atau jodoh pilihan keluarga...???
itulah persoalannya...

hmm...
tak kisah lah jodoh tu pilihan sendiri atau keluarga, yang penting pasangan kita tu memahami diri, kerjaya kita...
bukan nak cakap apa...kalau jodoh itu pilihan keluarga, pastikan kita mengenali dia dulu..jangan menilai dari luaran sahaja...contohnya korang tengok la cerita "CINTA HALAL"...boleh jadi pengajaran untuk diri kita...
dan kalau jodoh itu pilihan hati kita, pastikan kita mendapat restu dari ibu bapa kita sendiri okeyh...jangan sebab orang lain kita ketepikan keluarga kita sendiri...

ukeyh la...dah panjang sangat merepek ni...
so...
jangan risau kalau kita single sebab Allah sentiasa ada disisi hambaNYA...kita masih ada keluarga...
 :)




Wednesday, December 12, 2012

adakah kita masih isterinya di akhirat nanti..??


Pernahkah anda mendengar soalan ini… 
Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?


Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.



Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.



Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”


copy from penpatah.blogspot

already semester six..~~!!??!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..~~~
ecece...macam pembaca berita dah plak...
weeee~~!!!
hmmm...kira-kira lagi 19 hari dah nak masuk tahun baru ---> 2013..
means that akhir bulan JUN nanti, in sha Allah jika tiada apa-apa halangan tamatlah pengajian aQ di kolej kesayangan  aQ...
di mana deh....???
di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh :)
lets review back about 2 and the half years ago at KSKB...
too much experiences...
orang kata PENGALAMAN ITU ADALAH GURU YANG TERBAIK...
yup...
i admit it..

ok..lets we start first time sampai sini...
haha..
the first person be my friend is my roomate ---> nur nabila jannah ( budak chumel )


then..berkembanglah sayap mencari kawan-kawan...hohohoh...lets me show my friends study here together with me..plus with their candid that i snap...weee~~!! ^^,

heee...sorry guys...tyme ni ada program larian apo ko bondo ntah dokek  mano ntah...den pon tak ingt ..hihi

budak ni nama dia fikri...ha...dia ni bab menyakat orang nombor satu tau x..hehehe...
dan...yang paling aQ nak introduce kat kome semua is my best friend poreber...
sahabat yang sentiasa ada disaat suka dan duka...
kami lalui saat suka dan duka bersama...
dan thanks juga pada sahabat sy ni sbb pinjamkan bahu beliau pd saya...bnyk bagi nasihat...


her name is Nur Atikah @ nur atikah elfy @ budak cute...
yunk..shaye syg awak ketat2.. :)













haaa...gambar-gambar ni adalah mereka-mereka yang sgt saya sayang sebagai sahabat saya...
heee... :)
by the way...
kita dah masuk sem akhir dah pun...
lets we start fighting for our sem..
do the best...
insyaAllah...kita semua akan berjaya bersama...
we are together right...
lepas dah habis ni jgn la masing2 lupa ye..
hope kita semua akan still contact...
haa...
pesanan yang paling penting...kawen tu nanti jgn le lupa bg kad jemputan yer...
hoho...
saya menunggu dr kalian..
weeee~~~
:)

Saturday, November 17, 2012

PRAY FOR GAZA

assalamualaikum...
hmm...rasanya dah lama tak menulis kat blog ni...
huhuhu....apapun tajuk kali ni PRAY FOR GAZA...
sekarang ni sepertimana yang kita tahu sedang berlaku peperangan di GAZA...
ramai umat manusia yang tidak berdosa..anak-anak kecil mati dalam keadaan shahid...
semoga Allah merahmati ke atas roh-roh mereka....
Al-Fatihah...



wahai sahabat...
renungilah apa yang sedang berlaku pada saudara-saudara kita disana...
ye..
kita tak mampu untuk menolong mereka...tapi...
kita bantulah berdoa untuk mereka agar saudara-saudara kita selamat dibawah lindunganNYA....
kita disini berseronok sehingga lupa apa yang berlaku di Gaza...
di sini, kita bersyukur kerana bumi Malaysia dihujani air hujan yang turun dari langit...tp di Gaza sana bumi Palestin dihujani bom-bom dari jet-jet tentera Zionis....

# ‎"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana shj umt islam ditindas... dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah!"

***kita tidak mampu untuk membantu mereka melainkan hnya dgn berdoa...

Thursday, November 1, 2012

mencari sebuah erti...

jumaat
2/11/2012 @ 7.18am
assalamualaikum..salam pagi jumaat semua....
hari ni takde kelas sebab sekarang ni self study kat bilik je..
countdown for the final exam for this sem...
pada hari ahad, isnin dan selasa..
hmm...even just 3 paper je...tp ntah la...rasa berat sangat beban yang dipikul kat atas bahu ni...
besar sangat tanggungjawab...
for the moment...aQ rasa dah tak terdaya langsung nak pikul semua...
i feel give up seriously...~~!!!!!!!
tapi...i try to think positively...
i know semua yang berlaku ni ada sebab nya...
beban yang kita rasa ni, Allah beri untuk menguji hambaNya...
dan aQ terima...
sekarang ni aQ tak nak fikir apa2 yang buat serabut...aQ just nak fikir exam ni je....
biarlah...
kalau perkara lepas nak berlaku lagi...
biarlah berlaku...
aQ dah penat...
aQ dah penat nak hadapi segalanya yang melukakan aQ...~~!!!!!!
aQ hanya mahu ketenangan...
aQ ................
but sometime aQ rasa diri aQ ni terlalu BODOH sebab benda-benda macam ni....
pada sapa perlu aQ tuju...????!?
pada sapa aQ perlu rujuk...???!!??
ya Allah...pada Engkau sahaja lah ya Allah tempat aQ mengadu.... :'(
pada Engkau tempat aQ merujuk diatas apa yang berlaku...