BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 5, 2013

bila sudah hampir sampai ke penghujungnya.....



5 may 2013 @ 9.45 pm
assalamualaikum sebagai pembuka bicara pada malam ini.. :)
so..alhamdulillah...
terasa ringan sedikit beban di bahu...
haa...nak tahu kenapa...??
sebab baru je lepas menamatkan final exam Jumaat lepas...
exam terakhir dalam mengaharungi kehidupan sebagai pelajar Diploma Kejururawatan..
huhu...takut plak nak jadi staff nurse to be ni...
jeeeyaaahhhh...~~~
so currently ada lagi kira-kira 43 hari lagi untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan di Kolej Sains Kesihatan Sungai Buloh...
3 tahun disini memang banyak benda aQ pelajari...
pahit manis dalam kehidupan...mengajar aQ erti kedewasaan dan erti kehidupan...
terlalu banyak aQ menitiskan air mata selama 3 tahun disini..
tapi alhamdulillah aQ masih kuat untuk terus menghadapi segalanya...
kerana adanya punca yang menjadi kekuatan pada diri ini...
mereka lah sahabat...mereka lah segalanya...


thanks S.A.H.A.B.A.T...

Dua tiga kapal berlayar di samudra 
Ayo sahabatku kita bergembira 
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya 
Bersama untuk selamanya 
Kau dan aku sahabat 
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu 
Berenang-renang kita ketepian 
Kita berbeda untuk saling mengisi 
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya 
Atasi semua perbedaan 
Kau dan aku sahabat 
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya 
Berbagi dan saling menjaga 
Kau dan aku sahabat 
Untuk selamanya… 
Selama-lamanya… setia…



nak selingan jap lah...
hoho...
bila dah nak habis ni kan...baru lah salah satu ruang dalam hati aQ ni terisi...
diisikan oleh seorang lelaki..
alhamdulillah...thnks awak sebab hadir dalam diri ini...
actually sedih bila sy dah nak habis kita baru kenal semua...
awak plak kena teruskan perjuangan awak kat kolej ni...
takpe la awak...saya akan sentiasa ada disisi awak...
love u so much dear... :)



xoxo  : 
farhanim akmal 
1 julai 2010-17 jun 2013
-published-

Sunday, April 14, 2013



14 april 2013 @ 2115H



Assalamualaikum..
guys...lama dah tak update blog ni..
uhukkk...
hari tu busy dengan mid semester examination..
adoiyai...
dah la study last minute...
then bila jawab exam rasa macam tak pernah belajar pu topik tu...
tyme-tyme tu la rasa buat soalan macam mana nak cari inertia ke, nak cari gradient guna directly proportional @ inversely proportional rasa lagi senang...
hahahaha...
dalam hati lepas jawab exam tu terdetik cakap "hmm..mesti exam kali ni akan ada subjek yang fail lagi..sebab jawab macam haram je...aduhh...gawat deh...gi mana sih mahu di bilang sama mama kalau gue fail.."
tapi..minggu lepas masa tengok result...Alhamdulillah...
semua lulus...
gembira tak terkata sbb dalam hati dok sebut ada fail,ada fail...
berkat doa mama & ayah...alhamdulillah semua lulus... :)
actually dari hari blog ni di update,
ada kira-kira 13 hari lagi untuk final examination..
fuhhh..satu hape pun tak study lagi beb...
hopefully dapat la kekalkan pointer 3.5 tu...
huhu..
ye la..bukan senang nak kekalkan..
lagi-lagi ada zaman kejatuhan masa sem 4 dulu...
sebab tu sekarang ni fikir nak struggle untuk final ni...
try nak dapatkan pointer yang terbaik untuk sambung DEGREE...~~
nak buktikan kat "orang" lain tu yang aQ pun boleh grab lebih baik dari apa yang aq ada sekarang..
plus...sekarang ni tiada komitmen pada kapel dah..so masa yang ada spend untuk call family, relax with s.a.h.a.b.a.t, and STUDY....
oyeee...~~~
haha..
by the way...untuk kengkawan batch 2/2010...best of luck untuk kita hadapi final exam nnt ye...
:D



Friday, February 22, 2013

Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu


hyep..~~~
asssalamualaikum....
heee...ok...
lets aQ straight to the point...
entry kali ni adalah untuk mengingatkan diri aQ dan juga kawan2 yang lain sebagai seorang pelajar...
jom kita muhasabah diri kita semula...
adakah betul jalan yang aQ ikut sebagai seorang pelajar...???
ni aQ copy dari Prof Dr Muhaya



1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/


Sunday, February 17, 2013

nescafe 3 in 1

guess what guys..???
hehehe...addicted to nescafe..??
yes..
i do... :)
gila yang aq sebenarnya kaki Nescafe...
my paberet drink kot... 
heee...
actually its not good for our health...
lagi-lagi yang macam aQ ni..
yang dah sedia ada migrain.. :)
korang tau tak apa sebenarnya kandungan yang terkandung dalam nescafae 3 in 1 ni..?

Nescafe 3 in 1 Classic
Instant Coffee with Cream and Sugar in individual pockets
The package contains 10 individual pockets ("sticks") 18g each - Net 180g 

Nescafe 3 in 1 Classic - offers exceptional composition of coffee, milk and sugar.

Ingredients: Sugar, Glucose Syrup, Hydrogenated Vegetable Fat, Instant Coffee (10.6%), Skimmed Milk Powder, Milk Proteins, Acidity Regulator (E340ii, E331iii, E450v, E451ii), Emulsifiers (E472e, E471), Stabilizer (E339).

and satu lagi kandungan dia adalah kafein...
korang tau tak apa itu kafein..?

Kafein nih adalah sejenih bahan kimia a.k.a sejenis dadah yang terdapat dalam daun ataupun tumbuh tumbuhan. Rasa kafein nih pahit dan memberi kesan buruk kalau di consume secara berterusan, dengan banyak dalam kuantiti yang banyak.

Sekiranya kafein diambil, kafein akan merangsang sistem saraf manusia dan kemudian akan meningkatkan level kepekaan seseorang, memberi tenaga dan of course tahan mengantuk.

so, bila kita terlalu banyak + kerap mengambil nescafe 3 in 1 ni, ni lah effect yang kita akan dapat :
1. Boleh merosakkan buah pinggang.  guys, buah pinggang tak jual kat kedai tau? Jaga elok elok.
2.  membahayakan jantung. Bahaya macam mana tu tak payah tanya. fikir la sendiri yer... Kalau dah nama bahaya tuh, bahaya jugak.

kalau nescafe yang biasa plak macam mana ekh..??apa kesannya..???

1. Cenderung kepada penyakit osteoporosis, yang mana badan kekurangan kalsium dek kerana kafein yang mengurangkannya

2. Kencing yang sangat kerap, yep, SANGAT kerap kalau kerap minum Nescafe. Aihh, berapa banyak kerap dahh ( ye la..sebab kafein ini sejenis bahan perangsang)

3. Susah nak tidur. Agak lah jugak. Keadaan dia mengantuk tapi tak berapa boleh nak tidur. sapa yang nak stay up untuk study mesti selalu minum kan...(macam aQ la gak...)..
:P

so, korang dan diri aQ sendiri, marilah kita sama2 fikir balik mana yang terbaik utk diri kita... 
_peace_
_assalamualaikum_
^^,



Saturday, February 16, 2013

trolls everywhere...~~!!


hey omooo..omooo...~~!!
okey guys just nak share dgn korang je sebenarnya..agahaha..~~
trolls-trolls yang boleh kita buat as a students..
ahaha..


haha..ni rasanya perkara biasa kot..
kat kelas aQ pun sama je...
ye la..kelas start pukul 8 am till 5 pm...
sapa je yg tak stress wyh..~~~!
ngeee..hehe


ha..yg kedua tu...
korang pernah buat tak...
agagagaga~~~!!
hahaha...
so, kalau yang buat tu..pandai2 la cover ye,,
jgn sampai terkantoi plak...
nom nom nom....
:P


yang ketiga ni...
masa techik-techik..
cuba fikir...
pernah buat tak..??
at least salah satu kat atas tu korang pernah buat kan..
hehehe...