28/9/2013 @ 11:20PM
Saturday, September 28, 2013
:: masih mampu untuk tersenyum ::
ollaa..~~~
assalamualaikum...
waaa..ni baru je ada masa nak mengupdate blog...
minggu yang busy bila dah start attachment kat wad...
walaupun hanya seminggu...
pffftttt...~~~
penat la jgak...
and banyak benda yang boleh belajar dan ada jgak perkara yang buat rasa nak maki je..
hoho..
nasib fikir aQ ni freshie je..
lolzz..
aQ dapat attachment kat wad PAEDIATRIC ONCOLOGY & NEPHROLOGY..~
errmm..
first tyme masuk rasa kasihan dan sedih bertimbun-timbun dalam diri ni..
kenapa..?
sebabnya tengok adik-adik kecil...insan kecil yang suci menghidapi sakit especially yang cancer & end stage of renal failure..
bagi yang cancer tu ada yang menghidapi leukemia, Rhabdomyosarcoma, Systemic Lupus Erythemathosus (SLE)..dan bagi kes nephro plak mostly kena Nephrotic Syndrome, End Stage Of Renal Failure..
ok..meh aQ terangkan serba sedikit tentang penyakit-penyakit tersebut...
Leukemia : adalah sejenis kanser yang menyerang sel-sel darah..dimana sel-sel kanser akan menyerang Bone Marrow (tulang sum-sum) yang berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah..dalam hal ini, apabila sel-sel kanser ini menyerang akan menghasilkan sel-sel darah putih yang abnormal dikenali sebagai Sel Leukemia..terdapat 4 jenis Leukemia iaitu
~ Acute lymphoblastic leukemia, or ALL.
~ Acute myelogenous leukemia, or AML.
~ Chronic lymphocytic leukemia, or CLL.
~ Chronic myelogenous leukemia, or CML.
Rhabdomyosarcoma : adalah sejenis sel kanser yang malignant yang menyerang bahagian soft tissue..kebiasaannya ia akan menyerang bahagian kepala & leher, urogenital tract serta lengan & kaki... (klik sini untuk info lebih lanjut2)
Nephrotic Syndrome : adalah sejenis penyakit yang disebabkan kehadiran protein dalam urin dimana akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang..
Systemic Lupus Erythemathosus (SLE) : adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang..
ermmmm...
one thing la yang terlintas difikiran aQ masa dalam wad tu, sungguh kuat adik-adik ni meneruskan hidup walaupun sentiasa kena buat chemotheraphy, dialysis dan mereka tetap mampu tersenyum...
dan walaupun mereka tahu nyawa mereka tak lama...mereka tetap mahu melihat orang disekeliling mereka tersenyum terutama ibu bapa mereka...
Friday, September 20, 2013
♡ Perhubungan Jarak Jauh ♡
21/9/13 @ 12:18 am
hey u'ollsss...
assalamualaikum...
lama gila rasanya tak hup-tu-det blog ni...
last seen pun kira-kira 2 minggu lebih yang lepas...
huhu...
lately ni busy lepas dah mendaftarkan diri sebagai Penjawat Awam di salah sebuah hospital negeri Johor..~~hik hik hik..
kami sedia membantu.. :)
##banyak benor intro nye ni hanim oii..~~~
hohoho..
okey malam ni tetiba terlintas nak menulis pasal P.J.J...bukan pendidikan jarak jauh..tapi perhubungan jarak jauh atau bahasa susahnya Long Distance Relationship...
mesti ada readers yang pernah alaminya kan...same with me...aQ sekarang ni tengah mengalaminya..~~
uhukkk..uhukk...sob..sob...
aQ sekarang ni ada kat Johor Bahru, dia plak skrg ada kat Sg Buloh and around akhir bulan 10 dia akan balik kampung kat Kelantan...
pppffftttt~~
jauh deh..hok selatan ko pantai timur..susoh kito lo nim..parox ah weyh...berat sunggoh..~
and...
persoalan yang sering melanda setiap orang berkaitan dengan P.J.J ni..~~
persoalan yang sering melanda setiap orang berkaitan dengan P.J.J ni..~~
~. boleh percaya ke pasangan kau kat sana.?
~ kau tak risau ke pasangan kau pasang lain selain dari kau..
~ kau yakin ke dengan apa yang dia cakap dengan kau..ye la kau kat sini, dia kat sana..mulut boleh cakap apa-apa je..
~ kau yakin ke dengan apa yang dia cakap dengan kau..ye la kau kat sini, dia kat sana..mulut boleh cakap apa-apa je..
~ boleh ke hubungan kau dengan dia kekal.?
~ ala, kau cari je la yang ada kat sini..at least takde la kau bosan sebab jauh dengan dia...
~ dan banyak lagi soalan-soalan "pandai" yang diajukan..
okey..jawapan aQ..:
dalam setiap perhubungan mesti ada benda ni..Kepercayaan..Kesetiaan..Kejujuran..itu adalah ramuan paling penting dalam setiap perhubungan..memang aQ risau..tapi risau aQ ada batasnya..always think positive..~apa orang kata biar kita jujur...dan aQ percaya apa yang sedang aQ alami sekarang ni..in shaa Allah ada jodoh kami, alhamdulillah...semua ni Qada' dan Qadar Allah...kita takde hak nak mempertikaikannya...kun fayakun...~
and pada aQ bila aQ dah start sayang seseorang, its hard utk aQ sesenang rasa hati nak cari orang lain...not my way..~ biarlah ada yang suruh aQ cari lain, tapi dengan atas dasar JUJUR, aQ tak nak mainkan hati dan perasaan orang yang aQ sayang..~itu cara aQ..memang la tak dapat jumpa selalu...tapi dengan cara itulah akan meningkatkan lagi rasa RINDU dan SAYANG aQ pada dia..if dia nak buat yang sebaliknya, itu hal antara dia dengan Allah..hoho..hari-hari jugak la aQ stalk FB dia, whatsapp dia//tapi buat masa dua, tiga hari ni tak nak ganggu dia sangat sebab dia nak Mid sem exam..but aQ try nak bagi semangat pada dia..at least dalam doa disetiap sujud aQ akan aQ selit utk dia dan kami..~
♡ untuk encik hati saya, good luck dear for your exam...~do the best as you can okey.~ and untuk pembaca yang ada komen, pengalaman or anything nak share, tinggalkan comments anda ye...tQ~~ ♡
love from Unknown at 10:16 AM 0 comments :
Labels: cinta jarak jauh, ldr, long distance relay, love, pjj, you&me
Wednesday, September 4, 2013
:: Contest Blogger : Apa kata blogger tentang trafik blog? ::
4th September 2013
5:15PM
olla guys..~
assalamualaikum...
heeee...actually kan memang nak hupdate belog ni...
tapi encik IDEA ni punya malu-malu nak keluar..~~
apa pun tak boleh...
lepas tu sesaja la BLOGWALKING (sebab saja nak membazirkan masa yang ada) ke blog-blog mereka yang dah berpengalaman..
macam Encik Hasrul Hassan, Ben Ashaari, Aku Penghibur (Acik), Yuyu, dan ramai lagilah...
memang suka melawat site mereka..
ngeeee~~~
tengah jenjalan kat blog tetiba nampak satu contest ni..sebelum ni aQ tak pernah pun masuk mana-mana contest...tapi kali ni saja je nak try..
nak tahu contest apa..meh klik sini
traffik blog.?? apa tu ekh..sejenis kuih ke..??ohh..tidak..tidak...traffik blog ni diklasifikasikan sebagai rating untuk melihat berapa ramai orang yang sudi menjengah blog-blog yang ada..aQ ni actually bukanlah blogger tegar...tak femes elmes pun..newbie je pom..hoho..mula-mula aQ join blog ni just for fun je dan juga hobi sampingan untuk berkongsi idea dan meluahkan apa yang aQ rasa sebagai cik MISI..heee..tapi bila tengok ramai yang dah berjaya dengan blog masing-masing, terasa nak tahu jugak macam mana mereka boleh jadi femes dan dikenali ramai...so, setelah diteliti, sebagai blogger, kita perlukan entry yang senang orang nak beri pendapat + bermanfaat supaya kita boleh menarik minat orang supaya melawat tapak blog kita dan sekali gus menaikkan traffic blog..dari situ lah orang ramai akan mula berkata-kata mengenai blog kita disamping boleh menambahkan pendapatan dengan iklan-iklan yang ada seperti Nuffnang..
traffic blog ni sebenarnya penting kepada blogger tu sendiri..macam aQ kekadang tu bersyukur la jgak walaupun traffic blog aQ tak tinggi, tapi still ada yang sudi menjengah...kenapa ianya penting..?kerana traffic blog inilah yang akan menentukan samada blog kita ni akan terus hidup sebagai pemberi maklumat ataupun akan terbiar begitu sahaja ditelan dek masa...takkan kita dah berpenat luangkan masa untuk buat blog, and then kita nak tinggalkan macam tu je kan..? at least kita mesti punya usaha untuk memperkenalkan blog kita disamping berkongsi pendapat bersama (bila ramai yang sudi berkongsi pendapat, secara automatik traffik blog meningkat kan)..hihihi...
errrkkk..~~okey la..apa yang ditulis kat atas tu cuma pendapat aQ je..maybe lain orang lain pendapatnya..so, sesapa yang free tu, jom lah join contest ni...hadiah pun menarik tau.. :)
Tarikh pertandingan ialah : 30 Ogos - 30 September 2013
Hadiah Pertandingan :
Tempat pertama : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri
Tempat kedua : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri
Tempat ketiga : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
Referral terbanyak : RM50 seorang x 5
Syarat - syarat pertandingan :
Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog?
Masukkan link laman web ini di dalam contest itu.
Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini.
Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.
yang terakhir dari saya, SELAMAT BERCONTEST... :)
love from Unknown at 2:58 AM 2 comments :
Labels: contest blogger, me, nuffnang, traffik blog
Friday, August 23, 2013
♥ berharap agar ianya hanya sebuah diagnosis ♥
24th August 2013
2:20 PM
hey all...~
Assalamualaikum..~~~
kabare..?? wes mangan urung..???
(sapa faham boleh lah balas..sapa yang tak faham tu duduk diam2..hahaha..)
firstly...
tengok ni..~~
alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi...
Penempatan untuk kerja nanti dah keluar and dapat jgak dekat negeri sendiri...
JOHOR..~~
first choice tu...
masa mula-mula isi borang posting tu aQ mintak KL - Johor - Perak...
lepas tu ada yang mengadu kat mama..
perghhh...
kena tukar beb...
last-last pilih Johor - KL - Johor...
but still bersyukur...dekat dengan family...~
okey..
minggu lepas little bit busy la sebab kena buat MEDICAL CHECK UP, kena pergi buat AKUAN SUMPAH dekat MAHKAMAH, pergi KWSP buka akaun and pergi ke MAYBANK...~~
ppfffttt..~~
penat jgop la kiranya...
ni yang nak story ni pasal Medical check up..
first pergi hari Isnin tu smooth je la and dapat appoinment on Thursday untuk jumpa doktor...
ermmm..
bila doktor tengok urinanalysis result aQ, bacaan untuk leucocytes aku tinggi (nanti tengok la result kat gambar dibawah) then doktor suruh repeat urine FEME [klik] sebab takut TRO UTI [klik].
lepas dah repeat tu doktor cakap reading result urinanalysis aQ tu still tak cantik sebab ada PROTEIN (kira nya proteinuria [klik]) and doktor suruh repeat balik untuk urine test tu hari Isnin (26/8/2013).
and the diagnosis [klik] yang doktor tulis adalah TRO UTI and Renal Disease..
![]() |
| ni lah result urinanalysis aq..tunggu untuk result yang ketiga plak...sapa yang amik medical tu mesti lagi arif mengenai bacaan ni semua and what should we do as the treatment right... |
ya Allah... Renal disease terus doktor diagnos...
hopefully tu cuma diagnosis je lah...
and aq tak cakap pun kat mama & ayah...
aq just cakap urine aq ada masalah sikit..
ada protein...
huhu...nasib baik mama & ayah cikgu dan bukannya medical staff..
kalau tidak...jenuh weyh kena membebel...
kalau ENCIK PKA saya terbaca ni, sorry okey sebab tak bagi tahu awak...saya tak nak serabutkan awak yang tengah banyak benda nak settle & fikir kan...
and bila awak terbaca and ubah fikiran terhadap diri saya, saya faham...
:')
kepada sesapa yang baca ni...
doakan lah supaya ni semua hanyalah diagnosis je...
bukan kenyataan...
dalam hati still risau jgak ni...
sebab aQ tak nak hancurkan harapan mama & ayah selama ni...
biarlah kalau betul pun aQ diberi peluang untuk balas jasa mama ayah selama ini..
in shaa allah... :')
love from Unknown at 11:56 PM 0 comments :
Labels: kerja, penenpatan, Renal disease, TCA, tro, UFEME, UTI
Wednesday, August 21, 2013
:: Pray For Syria ::
21st August 2013
@ 6:00 pm
Allahuakbar..~~!
Allahurabbi...~~!
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, ditanya. Dengan dosa apakah ia dibunuh?
(Surah at-Takwir 81 :8, 81:9)
Ayat ini telah diturunkan pada zaman jahilliyah. Tetapi, mereka telah menyerang anak-anak kecil tidak bedosa ini dengan serangan bom kimia secara besar-besaran. Tenyata , tiada perbezaan kekejaman mereka ini..~!
sanggupkah kita hanya sekadar melihat anak-anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa...???
di Syria...
mereka berada didalam ketakutan...kesedihan diatas kehilangan saudara-saudara mereka yang menjadi kekejaman manusia-manusia yang TIDAK BERHATI PERUT, yang entah ke mana hilangnya rasa KEPERIMANUSIAAN....
tapi di sini..
apa yang berlaku...??
dengan KONSERT METALLICA nya, SHAH RUKH KHAN nya, lagi..??
apa..???
aQ bukannya nak menghentam atau mengatakan yang aQ ni baik sangat...
yang seharusnya buat masa ini alangkah baiknya jika kita bersama-sama melakukan SOLAT HAJAT untuk keselamatan saudara-saudara kita di Syria...
konsert-konsert ni sebenarnya boleh ditangguhkan pada pendapat aQ lah....
sedih bila aQ mengenangkan nasib-nasib mereka disana...
Bismillahirahmanirahim.
Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir, di Syria dan di semua tempat.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat.
Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati musuh Islam.
Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!
Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
ALLAHU RABBI, Ya Allah Rabbul Jalil, jatuhkanlah bala terhadap tentera Al Sisi di Mesir, Bashar di Syria , sokongan Yahudi, Zionis laknatullah. Hancurkanlah mereka yg sangat zalim ini. Cerai beraikanlah mereka yg telah banyak membunuh saudaraku yg x bersalah dgn begitu kejam. Laknat ke atas Bashar, al sisi! Laknat keatas Amerika, Yahudi, Israel zionis,... paling kurang pun Ya Allah, cabutlah dan pecahkan lah uratsaraf setiap mereka ini, agar mereka tidak dapat bergerak untuk membunuh dan menzalimi orang2 Islam Ya Allah
BERSAMA MENOLAK pakatan JAHAT yahudi, israil, amerika, zionis, russia & NEGARA Islam yg bersekongkol. jangan jadikan MESIR seperti di Palestin, Iraq dan Libya, Algeria daN Syria SERTA NEGARA ISLAM LAINNYA, kasihanilah orang tua, wanita dan kanak-kanak, Ya ALLAH hancurkan pakatan mereka jangan sampai berbaki kroni mereka seperti burung Ababil hancurkan tentera Abrahah dgn kekuasaan Mu dan tetapkan kemenangan kepada Golongan Islam Sejati dan tetapkan iman kami serta penuh kesabaran dan kami bersatu hati Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin...
since melihat apa yang berlaku sekarang ni, and dah nak dekat untuk posting ni, terdetik dihati andai kata dihantar untuk membantu saudara-saudara di sana, aQ akan pergi...biarlah apa orang nak kata...biarlah aQ dapat membantu mereka walaupun sedikit...
#Al-Fatihah
#PrayForSyria
#Picture from : https://www.facebook.com/syria.care
love from Unknown at 3:17 AM 0 comments :
Labels: bersatu umat islam, doa, islam, lets pray, syria
Subscribe to:
Posts (Atom)


















