BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 5, 2011

~lOvE sToRy~

Saya telah mengembara ke hujung dunia mencari CINTA saya. Tapi pertama kali saya bertemu awak hati saya terus terpaut. Demi tuhan saya tidak tahu mengapa tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak tapi awak menguji saya dengan kesabaran awak sikap ambil berat awak selama bertahun- tahun. Awak tahu awak tidak bertepuk sebelah tangan dan awak berjanji hanya saya CINTA sejati awak.

Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya MENCINTAI awak, saya telah jatuh ke dalam dasar perasaan yang sangat dalam. Lemas dan hampIr tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya menggembara ke hujung dunia , mencari awak, rupanya awak di sisi saya selama ini dan saya baru menyedarinya.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tidak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tidak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa awak sebenarnya cari. Jadi, siapa saya selama ini di hati awak????

* Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyanyangi saya??


* Siapa yang mengajar saya untuk membuka hati saya untuk CINTA ??


* Siapa yang mengajar saya CINTA itu memerlukan pengorbanan??


* Siapa yang mengajar saya supaya jujur dengan perassan saya sendiri?

AWAK!!! Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai wanita berlaki-kali. Tapi saya seorang perempuan yang percaya hidup saya hanya ada seorang lelaki, satu CINTA,dan satu perkahwinan. Melangkah pergi meninggalkan awak talah meragut seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan

Bagaimana harus saya menbenci awak, sedangkan setiap hari saya merindui awak biarpun, pada ketika itu awak di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya MENCINTAI awak

Seseorang pernah berkata,

If you really love someone let the person go. If that person really meant for you, the person will come back to you eventually. But if the person does not, then the person never meant for you, in the first place.

AWAK….

Kerana saya menCINTAi awak saya lepaskan awak, demi kebahagiaan awak.Kerana itu yang awak mahukan. Kerana saya tiada lgi dalam hati awak. Saya berdoa supaya awak jumpa dengan apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat merasai bagaimana perasaanya apabila terlalu CINTAkan seseorang dan semoga awak tak kan pernah terlewat untuk menghargainya.

AWAK....

Saya percaya, andai benar kita berjodoh , awak akan kembali kepada saya. Itu bukan harapan saya tetapi saya sedang belajar untuk pasrah pada ketentuan Allah dan kalaupun awak tidak kembali saya percaya ,itulah yang terbaik..