BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 4, 2013

:: Kullu nafsin dzo'iqotul maut ::


Bila ajal seseorang dah nak sampai, dia akan selalu bercakap tentang kematian, seolah-ii dia sedang 

bergurau tetapi kita ambil endah tak endah apa yang dia cakap sebab kita ingat dia memang tengah 

"BERGURAU".. Dia akan tanya orang-ii terdekat soalan pelik-ii macam "sayang saya tak?" dan kalau kita 

tak jawab dia akan senyapkan diri.. Tapi jika kita kata "YA" , dia sangat gembira dan menghargai "YA" kita 

tadi.. Jika dulu ,dia seorang yang menjauhkan diri.. Tapi akhir-ii waktunya dia asyik nak berkepit dengan 

orang tersayang seperti keluarga, suami, isteri dan kawan baik.. Kalau dia nak pergi jauh.. Contoh naik flight 

atau bas etc.. Masa dia memandang kita, mata dia menatap muka kita dengan sayu, macam tu kali terakhir 

dia tengok kita.. Tapi RUGI nya kita, tak dapat membaca redup MATA dia Dan bila kita dapat tahu, dia 

dah meninggal dunia.. kita akan kata, "Ehh, baru haritu luang masa dengan dia..." " Patut la dia tanya soalan 

pelik-ii.." "Ingat dia bergurau.." "Patut la, time akhir tengok tu, rasa macam sebak je" Moga roh mereka 

disayangi dan dirahmati ALLAH.. Kullu nafsin dzo'iqotul maut.. Setiap yang bernyawa PASTI akan merasai 

MATI jumpa di Syurga nanti..





Saturday, November 23, 2013

:: Payment Day for 2014 ::

24/11/2013

@0910H
assalamualaikum...
selamat pagi...~~~hew hew hew...
entry yang paling best especially bagi kita yang keje dengan gomen ni...
hik hik hik..
apa pun tertakluk pada pindaan semasa ye..
boleh lah kita merancang apa yang penting kan..
hew hew hew...
macam sapa nak kawin ke, nak beli rumah ke..~~
kan..
dan yang paling penting jangan BOROS BOROI sangat okeyh...
do some saving..~~!!
heee.. :)


JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULAN
TARIKH
KETERANGAN
Januari
23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari
25 Februari 2014
Selasa
Mac
25 Mac 2014
Selasa
April
24 April 2014
Khamis
Mei
22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun
 25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai
22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos
 25 Ogos 2014
Isnin
September
25 September 2014
Khamis
Oktober
16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November
25 November 2014
Selasa
Disember
18 Disember 2014
Khamis

:: kefahaman, persefahaman dan memahami ::

23/11/13
@2000H


holla guys..
assalamualaikum...
ni la baru ada masa nak update blog...
alhamdulillah...
masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini...~
hari ni dapat cuti sempena hari kelepasan am..
hihihi...
tetiba tajuk hari ni....
** kefahaman, persefahaman dan memahami**
apa ekh yang korang faham ke, tahu ke or nak share something pasal tajuk aQ ni..~~~
what people say "sharing is caring" right...hohoho...
well...first thing reason aQ pilih tajuk ni sebab masa on FB ternampak satu post ni...
berkaitan dengan kerjaya aQ jgak...heee..~~~



okey...ada sesapa tak yang wife dia ke, husband, adik, saudara-mara ke yg jadi nurse...?
kalau yang ada tu mestilah faham kan tentang tanggungjawab dan beban yang perlu dipikul...untuk membantu menyelamatkan nyawa orang sendiri disamping nyawa sendiri...
so bagi sesapa yang nak berkahwin dengan seorang jururawat tu, first important thing is kena faham tentang kerjaya mereka, dont simply judge about their carrier...
jangan sebelum kahwin bermanis mulut cakap "ekh, takpe I faham kerjaya U..I tak kisah and so whatever"...tup tup bila mana si isteri bekerja malam ke or do double duty si suami keluar tanpa pengetahuan...nanti alasannya si isteri busy lah, takde masa untuk family la dan bermacam alasan lain yang keluar...so...based on that, as one of staff nurse, aQ berharap dan mengharap agar orang kat luar sana dapat memahami kerjaya kami...walau sesibuk mana seorang jururawat itu, kami akan cuba mencari masa untuk meluangkan masa bersama,,,~~


ekh...???
aQ bukannya nk story more pasal benda kat atas tu..tu sampingan je...hihihi...
yang sebenarnya kan the main point is aQ nak sentuh bila mana kita berpasangan, memahami antara satu sama lain tu adalah perkara paling penting...
bila mana pasangan kita dah memahami kita, dia pun berharap benda yang sama kan..?
so that hubungan yang terbina takde la keserabutannya...
ok...actually benda ni bukan je bila kita berpasangan...tapi dalam persahabatan juga penting...
seorang sahabat perlu memahami sahabatnya yang lain...



pada aQ la walau dalam apa jua keadaan sekali pun, kita mesti memahami keadaan yang sedang kita hadapi tu...bertindak mengikut pada akal, bukan nafsu...
and terkadang tu aQ sebenarnya dah penat jugak nak memahami orang-orang disekeliling aQ...sebab diaorang tak pernah pun nak memahami diri aQ..diaorang tak pernah nak kenal diri aQ...judge fro the cover...
tapi nak buat macam mana...kita tak boleh nak paksa orang untuk faham diri kita kan...so, better aQ biarkan jelah...
so, untuk readers i'm sorry kalau sesapa yang aQ kenal selama ni aQ tak memahami korang...bukan tak nak tapi korang yang buat aQ untuk susah memahami diri anda...ok..
fikir-fikirkan dan selamat beramal... 
:)






Thursday, November 14, 2013

:: dan jika itu ...... ::

14/11/2013
@2030H 



" Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMU. Kupasrahkan semua padaMU..
Tuhan baru ku sadar, indah nikmat sehat itu. Tak pandai aku bersyukur. Kini ku harapkan cintaMU "

dan...
saat ini.. aQ merasakan diriku sangat lemah...
selemah-lemah diri seorang manusia...
dan mengapakah ini harus terjadi lagi..~~
memang kita bukan yang sempurna...
dan aQ tak mencari yang sempurna...~
tapi cukuplah yang bisa buat aQ merasa diri ini berharga~~~

aQ tak pernah merasa menyesal dengan apa yang berlaku...
mungkin ada hikmah disebalik tiap yang terjadi...
ye..
terkadang aQ merasa seperti aQ harus berputus asa...
tapi untuk apa..??
untuk apa jika aQ berputus asa dan aQ sendiri yang sakit...???
takkan pernah untuk sedetik rasa untuk membenci malah aQ bersyukur untuk segalanya...
kerana apa..??
kerana tak semua orang akan merasa apa yang kita rasa...


dan jika memang itu takdir untuk aQ...
aQ terima dengan redha...
yang lepas untuk apa diingat...
try to close the old book...
yang menunggu takkan pernah sama seperti yang lama....
kita hanya mampu merancang...~~
selebihnya Allah akan menentukannya....kerana percayalah Allah itu maha adil...~~
setiap yang berlaku ada sebab yang tersendiri...
cuba muhasabah diri sebentar...~~~
imbas kembali dimana silapnya kita...
dimana salahnya diri kita...~~
jangan pernah menyalahkan takdir diatas setiap yang berlaku...


dan aQ mengakui terkadang air mata ni terlalu senang menitis membasahi pipi...
disaat keseorangan..~~
sebab aQ tak sekuat seperti yang orang sangka..~
dan aQ menangis untuk melepaskan segalanya...
tak lupa aQ turut menadah tangan berdoa padaNYA...
dalam setiap sujud aQ memohon kekuatan...
kerana aQ tahu hanya pada DIA tempat aQ mengadu...
:')


" ya Allah...jika suatu saat nanti aku kehilangan harapan dan tujuanku, Berikanlah aku keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan... Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirmu.. Kerana aku yakin dan percaya, perancangan Mu adalah yang terbaik dan terindah untuk diriku...~~"

Sunday, November 3, 2013

mungkin akan tiba jua saat itu~~

hyep...~
hari ni aQ cuti...~
so..bosan duduk kat bilik, layan je la fB ni..
scroll...scroll dan scroll fB tu sampai bosan...
terjumpa satu status ni...
errmmm...
and tetiba rasa nak mohon share..~

*Bismillahirrahmanirahiim*
♥♥ Nanti.. Kalau aku bukanlah aku.. Dan hidupku tidak lagi milikku.. Berani kan aku untuk mengucapkan kata terakhirku!
Nanti.. Kalau kamu bukanlahh kamu.. Dan hidupmu tidak lg bersamaku.. Berani kan aku untuk tersenyum dan melambaikan tangan untuk kepergianku!

Nanti.. Mungkin aku tidak lagi tertawa.. Dan tawaku tidak lagi karena kamu.. Berani kan aku untuk sekali saja melirik kamu dan menahan senyumku!
Nanti.. Bila tangan ini lelah mendekapmu.. Dan hati ini lelah menjaga bayangmu.. Biarkan aku beristirahat dan diam disampingmu..
Sampai nanti waktu berlalu, dan aku tidak lagi memiliki apa yg dulu aku miliki! Sampai nanti.. goresan luka berubah menjadi manis perjuangan hidup yg aku lalui! Sampai nanti.. Aku menutup hariku dengan senyum tulus dipenghujung hari!
Dan nanti itu.. Waktu yg mau aku lewati bersama kamu disamping aku!
Hujan turun bukan karena dia ingin turun.. Tapi karena awan yg membuat rintikan air tercipta! Dan cinta kita..
Bukan karena dia lantas ingin muncul.. Tetapi karena kita yg membuat percikan cinta muncul dan kini menjadi sebuah cerita cinta!...Insya Allah,

dan ianya punya maksud yang tersendiri...mendalam...
hanya kita yang bisa memahaminya...

encik kopi dan puan tampal
with love from me...
hihihikk..~~

Monday, October 28, 2013

| dan bersabarlah wahai hati |

28/10/2013
2314H

assalamualaikum...~~
hello readers..~~
sorry to say sebab dah lama tak menghupdate cool belog ni..~~
hehehek.. 
ye la..
since dah officially jadi penjawat awam ni, komitmen and tanggungjawab tu lebih diarahkan pada tugas yang sebenar...


lagi-lagi dapat department yang sangat memerlukan komitmen yang tinggi..~~
Intensive Care Unit (ICU) di salah sebuah hospital kerajaan ni..~~
dulu..
masa jadi Pelatih a.k.a student nurse memang la tak terasa bebanan tu sebabnya if apa apa yang berlaku ada orang back up...
tapi bila dah kerja ni, everything dari awal sampai habis menjadi tanggungjawab kita...tak de orang yang back up lagi...
one thing yang aQ belajar since dah manage and incharge pesakit adalah as a nurse perlukan tahap kesabaran yang paling maximum, yang paling gaban sekali...~~
if not everyone will blame on you..~
aQ ni bukannya penyabar..~
as who know about me, aQ ni seorang yang HOT-TEMPERED~~and jenis manusia yang mulut lepas je bila dah tak tahan dengan sesuatu..~~
so,bila dah start kerja ni aQ cuba untuk pupuk semula tahap kesabaran aQ..
ada pernah one day tu aQ rasa memang tahap kesabaran aQ dah habis limit..~~
and tyme tu kalau boleh aQ rasa nak menangis, nak menjerit, nak maki, nak marah pesakit tu sebab nya memang dah tak boleh nak kawal lagi..~

tapi..
alhamdulillah, aQ still try untuk kawal hati dan perasaan aQ...mujur masa tu ada senior staff yang tolong and waktu tu hampir waktu melawat..~
so, aQ buat la macam okey padahal masa tu kelam kabut dah nak pukul 2 dah nak tukar ke syif petang dengan report tak buat lagi, nak tengok order dari doktor, nak buat itu ini..~~pffftttt and aQ rasa kalau aQ tak kuat tyme tu aQ memang akan give up and biarkan je benda benda tu semua...
**sometimes tu kena jugak jadi hipokrit macam takde apa-apa yang berlaku...~~heeee
bila kita fikirkan semula, semua ni adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu kita pikul...




Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153).

 “Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.” (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).


good night... :)
with love from me...
**kalau terjumpa tegur-tegur la ye.. :)

Saturday, September 28, 2013

:: masih mampu untuk tersenyum ::

28/9/2013 @ 11:20PM

ollaa..~~~
assalamualaikum...
waaa..ni baru je ada masa nak mengupdate blog...
minggu yang busy bila dah start attachment kat wad...
walaupun hanya seminggu...
pffftttt...~~~
penat la jgak...
and banyak benda yang boleh belajar dan ada jgak perkara yang buat rasa nak maki je..
hoho..
nasib fikir aQ ni freshie je..
lolzz..
aQ dapat attachment kat wad PAEDIATRIC ONCOLOGY & NEPHROLOGY..~
errmm..
first tyme masuk rasa kasihan dan sedih bertimbun-timbun dalam diri ni..
kenapa..?
sebabnya tengok adik-adik kecil...insan kecil yang suci menghidapi sakit especially yang cancer & end stage of renal failure..
bagi yang cancer tu ada yang menghidapi leukemia, Rhabdomyosarcoma, Systemic Lupus Erythemathosus (SLE)..dan bagi kes nephro plak mostly kena Nephrotic Syndrome, End Stage Of Renal Failure..
ok..meh aQ terangkan serba sedikit tentang penyakit-penyakit tersebut...

Leukemia : adalah sejenis kanser yang menyerang sel-sel darah..dimana sel-sel kanser akan menyerang Bone Marrow (tulang sum-sum) yang berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah..dalam hal ini, apabila sel-sel kanser ini menyerang akan menghasilkan sel-sel darah putih yang abnormal dikenali sebagai Sel Leukemia..terdapat 4 jenis Leukemia iaitu 
~ Acute lymphoblastic leukemia, or ALL.
~ Acute myelogenous leukemia, or AML.
~ Chronic lymphocytic leukemia, or CLL.
~ Chronic myelogenous leukemia, or CML.



Rhabdomyosarcoma : adalah sejenis sel kanser yang malignant yang menyerang bahagian soft tissue..kebiasaannya ia akan menyerang bahagian kepala & leher, urogenital tract serta lengan & kaki... (klik sini untuk info lebih lanjut2)


Nephrotic Syndrome : adalah sejenis penyakit yang disebabkan kehadiran protein dalam urin dimana akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang..



Systemic Lupus Erythemathosus (SLE) : adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.. 


ermmmm...
one thing la yang terlintas difikiran aQ masa dalam wad tu, sungguh kuat adik-adik ni meneruskan hidup walaupun sentiasa kena buat chemotheraphy, dialysis dan mereka tetap mampu tersenyum...
dan walaupun mereka tahu nyawa mereka tak lama...mereka tetap mahu melihat orang disekeliling mereka tersenyum terutama ibu bapa mereka...




Friday, September 20, 2013

♡ Perhubungan Jarak Jauh ♡

21/9/13 @ 12:18 am

hey u'ollsss...
assalamualaikum...
lama gila rasanya tak hup-tu-det blog ni...
last seen pun kira-kira 2 minggu lebih yang lepas...
huhu...
lately ni busy lepas dah mendaftarkan diri sebagai Penjawat Awam di salah sebuah hospital negeri Johor..~~hik hik hik..
kami sedia membantu.. :)
##banyak benor intro nye ni hanim oii..~~~
hohoho..


okey malam ni tetiba terlintas nak menulis pasal P.J.J...bukan pendidikan jarak jauh..tapi perhubungan jarak jauh atau bahasa susahnya Long Distance Relationship...


mesti ada readers yang pernah alaminya kan...same with me...aQ sekarang ni tengah mengalaminya..~~
uhukkk..uhukk...sob..sob...
aQ sekarang ni ada kat Johor Bahru, dia plak skrg ada kat Sg Buloh and around akhir bulan 10 dia akan balik kampung kat Kelantan...
pppffftttt~~
jauh deh..hok selatan ko pantai timur..susoh kito lo nim..parox ah weyh...berat sunggoh..~
and...
persoalan yang sering melanda setiap orang berkaitan dengan P.J.J ni..~~


~. boleh percaya ke pasangan kau kat sana.?
~ kau tak risau ke pasangan kau pasang lain selain dari kau..
~ kau yakin ke dengan apa yang dia cakap dengan kau..ye la kau kat sini, dia kat sana..mulut boleh cakap apa-apa je..
~ boleh ke hubungan kau dengan dia kekal.?
~ ala, kau cari je la yang ada kat sini..at least takde la kau bosan sebab jauh dengan dia...
~ dan banyak lagi soalan-soalan "pandai" yang diajukan..



okey..jawapan aQ..:

dalam setiap perhubungan mesti ada benda ni..Kepercayaan..Kesetiaan..Kejujuran..itu adalah ramuan paling penting dalam setiap perhubungan..memang aQ risau..tapi risau aQ ada batasnya..always think positive..~apa orang kata biar kita jujur...dan aQ percaya apa yang sedang aQ alami sekarang ni..in shaa Allah ada jodoh kami, alhamdulillah...semua ni Qada' dan Qadar Allah...kita takde hak nak mempertikaikannya...kun fayakun...~

and pada aQ bila aQ dah start sayang seseorang, its hard utk aQ sesenang rasa hati nak cari orang lain...not my way..~ biarlah ada yang suruh aQ cari lain, tapi dengan atas dasar JUJUR, aQ tak nak mainkan hati dan perasaan orang yang aQ sayang..~itu cara aQ..memang la tak dapat jumpa selalu...tapi dengan cara itulah akan meningkatkan lagi rasa RINDU dan SAYANG aQ pada dia..if dia nak buat yang sebaliknya, itu hal antara dia dengan Allah..hoho..hari-hari jugak la aQ stalk FB dia, whatsapp dia//tapi buat masa dua, tiga hari ni tak nak ganggu dia sangat sebab dia nak Mid sem exam..but aQ try nak bagi semangat pada dia..at least dalam doa disetiap sujud aQ akan aQ selit utk dia dan kami..~

♡ untuk encik hati saya, good luck dear for your exam...~do the best as you can okey.~ and untuk pembaca yang ada komen, pengalaman or anything nak share, tinggalkan comments anda ye...tQ~~ ♡


Wednesday, September 4, 2013

:: Contest Blogger : Apa kata blogger tentang trafik blog? ::

4th September 2013
5:15PM

olla guys..~
assalamualaikum...
heeee...actually kan memang nak hupdate belog ni...
tapi encik IDEA ni punya malu-malu nak keluar..~~
apa pun tak boleh...
lepas tu sesaja la BLOGWALKING (sebab saja nak membazirkan masa yang ada) ke blog-blog mereka yang dah berpengalaman..
macam Encik Hasrul Hassan, Ben Ashaari, Aku Penghibur (Acik), Yuyu, dan ramai lagilah...
memang suka melawat site mereka..
ngeeee~~~
tengah jenjalan kat blog tetiba nampak satu contest ni..sebelum ni aQ tak pernah pun masuk mana-mana contest...tapi kali ni saja je nak try..
nak tahu contest apa..meh klik sini 


traffik blog.?? apa tu ekh..sejenis kuih ke..??ohh..tidak..tidak...traffik blog ni diklasifikasikan sebagai rating untuk melihat berapa ramai orang yang sudi menjengah blog-blog yang ada..aQ ni actually bukanlah blogger tegar...tak femes elmes pun..newbie je pom..hoho..mula-mula aQ join blog ni just for fun je dan juga hobi sampingan untuk berkongsi idea dan meluahkan apa yang aQ rasa sebagai cik MISI..heee..tapi bila tengok ramai yang dah berjaya dengan blog masing-masing, terasa nak tahu jugak macam mana mereka boleh jadi femes dan dikenali ramai...so, setelah diteliti, sebagai blogger, kita perlukan entry yang senang orang nak beri pendapat + bermanfaat supaya kita boleh menarik minat orang supaya melawat tapak blog kita dan sekali gus menaikkan traffic blog..dari situ lah orang ramai akan mula berkata-kata mengenai blog kita disamping boleh menambahkan pendapatan dengan iklan-iklan yang ada seperti Nuffnang..

traffic blog ni sebenarnya penting kepada blogger tu sendiri..macam aQ kekadang tu bersyukur la jgak walaupun traffic blog aQ tak tinggi, tapi still ada yang sudi menjengah...kenapa ianya penting..?kerana traffic blog inilah yang akan menentukan samada blog kita ni akan terus hidup sebagai pemberi maklumat ataupun akan terbiar begitu sahaja ditelan dek masa...takkan kita dah berpenat luangkan masa untuk buat blog, and then kita nak tinggalkan macam tu je kan..? at least kita mesti punya usaha untuk memperkenalkan blog kita disamping berkongsi pendapat bersama (bila ramai yang sudi berkongsi pendapat, secara automatik traffik blog meningkat kan)..hihihi...

errrkkk..~~okey la..apa yang ditulis kat atas tu cuma pendapat aQ je..maybe lain orang lain pendapatnya..so, sesapa yang free tu, jom lah join contest ni...hadiah pun menarik tau.. :) 

Tarikh pertandingan ialah : 30 Ogos - 30 September 2013

Hadiah  Pertandingan :

Tempat pertama       : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri
Tempat kedua          : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri
Tempat ketiga          : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
Referral terbanyak    : RM50 seorang x 5 


Syarat - syarat  pertandingan :
Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog?
Masukkan link laman web ini di dalam contest itu.
Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini.
Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.

yang terakhir dari saya, SELAMAT BERCONTEST... :)

Friday, August 23, 2013

♥ berharap agar ianya hanya sebuah diagnosis ♥

24th August 2013
2:20 PM

hey all...~
Assalamualaikum..~~~
kabare..?? wes mangan urung..???
(sapa faham boleh lah balas..sapa yang tak faham tu duduk diam2..hahaha..)
firstly...
tengok ni..~~ 


alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi...
Penempatan untuk kerja nanti dah keluar and dapat jgak dekat negeri sendiri...
JOHOR..~~
first choice tu...
masa mula-mula isi borang posting tu aQ mintak KL - Johor - Perak...
lepas tu ada yang mengadu kat mama..
perghhh...
kena tukar beb...
last-last pilih Johor - KL - Johor...
but still bersyukur...dekat dengan family...~


okey..
minggu lepas little bit busy la sebab kena buat MEDICAL CHECK UP, kena pergi buat AKUAN SUMPAH dekat MAHKAMAH, pergi KWSP buka akaun and pergi ke MAYBANK...~~
ppfffttt..~~
penat jgop la kiranya...
ni yang nak story ni pasal Medical check up..
first pergi hari Isnin tu smooth je la and dapat appoinment on Thursday untuk jumpa doktor...
ermmm..
bila doktor tengok urinanalysis result aQ, bacaan untuk leucocytes aku tinggi (nanti tengok la result kat gambar dibawah) then doktor suruh repeat urine FEME  [klik] sebab takut TRO UTI [klik].
lepas dah repeat tu doktor cakap reading result urinanalysis aQ tu still tak cantik sebab ada PROTEIN (kira nya proteinuria [klik]) and doktor suruh repeat balik untuk urine test tu hari Isnin (26/8/2013).
and the diagnosis [klik] yang doktor tulis adalah TRO UTI and Renal Disease..

ni lah result urinanalysis aq..tunggu untuk result yang ketiga plak...sapa yang amik medical tu mesti lagi arif mengenai bacaan ni semua and what should we do as the treatment right...
ya Allah... Renal disease terus doktor diagnos...
hopefully tu cuma diagnosis je lah...
and aq tak cakap pun kat mama & ayah...
aq just cakap urine aq ada masalah sikit..
ada protein...
huhu...nasib baik mama & ayah cikgu dan bukannya medical staff..
kalau tidak...jenuh weyh kena membebel...
kalau ENCIK PKA saya terbaca ni, sorry okey sebab tak bagi tahu awak...saya tak nak serabutkan awak yang tengah banyak benda nak settle & fikir kan...
and bila awak terbaca and ubah fikiran terhadap diri saya, saya faham...
:')
kepada sesapa yang baca ni...
doakan lah supaya ni semua hanyalah diagnosis je...
bukan kenyataan...
dalam hati still risau jgak ni...
sebab aQ tak nak hancurkan harapan mama & ayah selama ni...
biarlah kalau betul pun aQ diberi peluang untuk balas jasa mama ayah selama ini..
in shaa allah... :')

Wednesday, August 21, 2013

:: Pray For Syria ::

21st August 2013
@ 6:00 pm
Allahuakbar..~~!
Allahurabbi...~~!

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup, ditanya. Dengan dosa apakah ia dibunuh?
 (Surah at-Takwir 81 :8, 81:9)
Ayat ini telah diturunkan pada zaman jahilliyah. Tetapi, mereka telah menyerang anak-anak kecil tidak bedosa ini dengan serangan bom kimia secara besar-besaran. Tenyata , tiada perbezaan kekejaman mereka ini..~!

sanggupkah kita hanya sekadar melihat anak-anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa...???

di Syria...
mereka berada didalam ketakutan...kesedihan diatas kehilangan saudara-saudara mereka yang menjadi kekejaman manusia-manusia yang TIDAK BERHATI PERUT, yang entah ke mana hilangnya rasa KEPERIMANUSIAAN....
tapi di sini..
apa yang berlaku...??
dengan KONSERT METALLICA nya, SHAH RUKH KHAN nya, lagi..??
apa..???
aQ bukannya nak menghentam atau mengatakan yang aQ ni baik sangat...
yang seharusnya buat masa ini alangkah baiknya jika kita bersama-sama melakukan SOLAT HAJAT untuk keselamatan saudara-saudara kita di Syria...
konsert-konsert ni sebenarnya boleh ditangguhkan pada pendapat aQ lah....
sedih bila aQ mengenangkan nasib-nasib mereka disana...


 Bismillahirahmanirahim.

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir, di Syria dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.



Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.



Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati musuh Islam.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

ALLAHU RABBI, Ya Allah Rabbul Jalil, jatuhkanlah bala terhadap tentera Al Sisi di Mesir, Bashar di Syria , sokongan Yahudi, Zionis laknatullah. Hancurkanlah mereka yg sangat zalim ini. Cerai beraikanlah mereka yg telah banyak membunuh saudaraku yg x bersalah dgn begitu kejam. Laknat ke atas Bashar, al sisi! Laknat keatas Amerika, Yahudi, Israel zionis,... paling kurang pun Ya Allah, cabutlah dan pecahkan lah uratsaraf setiap mereka ini, agar mereka tidak dapat bergerak untuk membunuh dan menzalimi orang2 Islam Ya Allah 

BERSAMA MENOLAK pakatan JAHAT yahudi, israil, amerika, zionis, russia & NEGARA Islam yg bersekongkol. jangan jadikan MESIR seperti di Palestin, Iraq dan Libya, Algeria daN Syria SERTA NEGARA ISLAM LAINNYA, kasihanilah orang tua, wanita dan kanak-kanak, Ya ALLAH hancurkan pakatan mereka jangan sampai berbaki kroni mereka seperti burung Ababil hancurkan tentera Abrahah dgn kekuasaan Mu dan tetapkan kemenangan kepada Golongan Islam Sejati dan tetapkan iman kami serta penuh kesabaran dan kami bersatu hati Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin...



since melihat apa yang berlaku sekarang ni, and dah nak dekat untuk posting ni, terdetik dihati andai kata dihantar untuk membantu saudara-saudara di sana, aQ akan pergi...biarlah apa orang nak kata...biarlah aQ dapat membantu mereka walaupun sedikit...  

#Al-Fatihah
#PrayForSyria

Thursday, August 15, 2013

** Debaran Pertama **

15th August 2013
6:58 PM


assalamualaikum...
salam maghrib....
heee...curi masa kejap la hupdate belog yang tak seberapa ni...
heeee...
first thing...
just nak ucap Alhamdulillah...
akhirnya bukannya sehari, bukannya 2 minggu, bukannya 4 bulan TETAPI setelah 3 tahun dilatih  di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh dibawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia...(ppfftt penat nyebutnya macam nak akad nikah plak)...
haha...
bahawasanya....
saya telah berjaya dilantik menjadi seorang PENJAWAT AWAM..~~
yeay...



akhirnya ni lah hasilnya dari paksaan dan juga berkat DOA mama dan ayah selepas habis Matrik dulu...
huhu...


lepas dah sah kan penerimaan jawatan sebagai Jururawat Terlatih U29 ni, debaran kedua bakal singgah..
iaitu Surat Penempatan ~~~
ppfftttt..
risau jugak sebenarnya...
huhu..
takut tak dapat apa yang diminta...
tapi...
walau di mana sekali pun di campak...
akan aQ terima dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan..
~~~cceeeewwaahhh..hayat macam hape je kau nyah...
hahaha..
ye la..kan " KAMI SEDIA MEMBANTU..."
heeee...





Tuesday, August 6, 2013

✿ Salam_Aidilfitri ✿

7th August 2013 @ 11.12am


assalamualaikum...
hehehe...
nampak tak gambar atas tu...
kenal tak..??mesti tak kenal kan..??
hahaha...
orang yang kat dalam gambar tu bajet femes elmes je...
hihihi...
actually tengah kemas rumah tapi curi masa sikit nak hupdate belog ni...
take 5 katanya lepas basuh porch luar tu...
dah la basuh sensorang..ni abang aQ punya pasal la..
dah ajak basuh semalam lepas tu abang aQ boleh ajak buat Almond London...
tup tup malam tadi dia dah balik Melaka, raya umah mak mentua dia...
terkapai-kapai aQ basuh sensorang tadi...
hoho...
merepek je la aQ ni...
ok by the way....
saya...
Nurfarhanim Akmal Binti Mohd Khalid,
no i/c : 91___-__-____
nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Minnal Aidil Wal Faiizin...
pada sesiapa yang mengenali diri ini...
especially untuk kengkawan SK PESERIAN (1998-2003), SMK PEKAN BARU, MUAR (2004-2008), KOLEJ MATRIKULASI PERAK (2009-2010), dan KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH - Ministry Of Health Intake 2/2010 (July 2010 - June 2013)...
mana yang aQ tersalah cakap, termarah, termaki, termakan, terminum, termengata dan semua je lah sama ada aQ lakukan secara sedar, separa sedar atau tak sedar langsung ke...
huhu...
ye lah..
aQ ni bukan nya sempurna sangat...
selalu je buat silap dan salah...
pada yang sudi menegur tu, thanks a lot ya...
huhuhu...
10 jari disusun memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ye...
0-0 ekk..


ermm..
pada yang sudi nak datang raya tu, dipersilakn lah datang rumah....jemput datang ye....
kompem raya pertama sampai raya kelima ada je dekat rumah...
okey lah...nak sambung kemas rumah...
errrkk..ye ke...??
hahaha..
ha...sebelum terlupa pada yang sedang memandu pulang ke kampung halaman tu, memandu berhati-hati ye...
ingat, keluarga menunggu kita beraya bersama, bukan menunggu jasad kita okey..


assalamualaikum...
:)

pesanan dari pihak penaja (poyo je) : haa kalau boleh nak main mercun tu jangan lah melampau sangat..nanti ada yang beraya kat sepital..




Monday, July 29, 2013

♥ Dimana Silapnya ♥

30th July 2013 @ 12.23pm

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik pun untuk perempuan yang baik."
(An Nur: 26)

assalamualaikum...
apa khabar semua...
entry kali ni bukan pasal bola ke, pasal makanan ke tapi pasal ________ .
heeee...
okey...nampak kan terjemahan dari surah an-nur ayat ke-26 tu...
mesti korang dah sering dengar dan pastinya tahu apa makna yang tersirat diantara yang tersurat dalam makna ayat tersebut kan...
sebenarnya, ceritanya begini...
malam tadi ada seorang member aQ ni mesej untuk minta pendapat..
"Adeq, perlu tak kita melepaskan orang yang kita sayang demi orang lain..untuk melihat kebahagiaan dia?"
ha...kalau korang lah kan...korang nak jawab apa dan macam mana...???
hoho...



and ini adalah jawapan aQ untuk member aQ ni..

"kalau adeq la kan ada kat tempat Q, maybe adeq akan lepaskan dia jgak..memang benda ni sakit untuk kita hadapi...susah..tapi kita nak lihat dia bahagia kan. cinta bukan untuk memiliki...dan cinta perlukan pengorbanan...pengorbanan yang akhirnya melukakan hati kita, yang akhirnya buat kita rasa kecewa...Q buatlah solat istikharah, minta petunjuk...mungkin ini yang terbaik untuk dia...adeq tahu sebab adeq pernah rasa semua ni...susah nak let go sebab kita masih sayang pada dia.. mungkin Allah nak uji dan duga kita..yup..kita jaga dia elok-elok tapi pengakhirannya macam ni plak kan..Allah nak uji kita sama ada kita ni kuat tak untuk hadapi ujian yang diberi, Allah nak uji tahap kesabaran dan iman kita...Q banyak-banyakkanlah berdoa..pastinya ada hikmah yang sedang menunggu...semua yang berlaku bersebab...ingat tu"


okey...lebih baik kita throwback dimana silapnya kita dalam masalah ni...
apa yang dah kita buat sebelum ni...
baik ke aQ sebenarnya...??
ikhlas ke aQ terima dia dalam hidup aQ ni...??
a big questions that need to be answered by yourself...
ye lah...kita dah jaga dia elok-elok semua but then ...........
Berubahlah. 
Cari ‘baik’ dalam diri kita untuk dapat yang baik.
Bukan cuma tunggu yang baik itu datang depan mata kita.
Tapi kena pastikan juga, berubah kita itu bukan kerana manusia.
Putus cinta itu mungkin asbab untuk kita cari Dia.
Untuk kita lebih kenal Dia.