BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 20, 2012

::apo bondo la ni yg den merepek::

‎"Jangan kesal ketika seseorang tak lagi mencintaimu, tapi kamu mungkin menyesal kerana ketika dia mencintaimu, kamu tak pernah menyedari itu."

Aku bukan lemah tanpa cinta 
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

**Cry as much as you want to, but just make sure when your finished, you never cry for the same reason again..

BIARPUN TERSERLAH KERIANGAN DI PANDANGAN NAMUN JAUH DILUBUK HATI, TERSIMPAN PELBAGAI CERITA SEDIH DAN SENGSARA SEPANJANG KU MENITI ARUS HIDUP INI. BIARPUN TIDAK KU LUAH, NAMUN HANYA DIRI YANG MENGERTI SEGALA YANG TERJADI. BIAR KU SIMPAN KISAH SEDIH INI SENDIRI TANPA SIAPA MENGETAHUI KERNA KU TAHU ALLAH SENTIASA MENYAKSIKAN APA JUA YANG TERJADI DAN DI ATAS REDHANYA JUALAH KU MASIH DISINI BERDIRI BERJUANG UNTUK MEMBELA NASIB DIRI. MOGA CAHAYA CINTA KAN MENYINARI RUANG HIDUPKU YANG SUNYI DAN SEPI...DUHAI CINTA! HADIRKANLAH DIA INSAN YANG KAU UTUSKAN UNTUK MEMBERIKU BAHAGIA MELENYAPKAN TIAP SENGSARA

Monday, June 18, 2012

Kenapa ALLAH Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Cinta adalah satu anugerah yang paling berharga yang dimiliki oleh insan terpilih. Hanya insan bertuah sahaja yang mendapatkan cinta yang tulus ikhlas dari pasangannya yang ikhlas mencintai. Namun, pengalaman sering mengajar kita erti kehidupan sebenar. 
Ramai yang berubah kerana cinta dan ramai yang kecewa kerana cinta. Ada yang langsung tidak mempercayai cinta akibat pernah terluka, tertipu, dan sebagainya. Namun, kita tidak perlu ingin bahawa cinta yang pergi tidak semestinya akan pergi selama-lamanya. Mungkin cinta yang berlalu pergi ada hikmah disebaliknya. Mungkin Yang Maha Esa akan memberikan cinta yang lebih baik menggantikan cinta yang berlalu pergi.
Perkara yang perlu kita elakkan didalam perhubungan adalah sikap tidak mempercayai pasangan. Sering berprasangka buruk kepada pasangan selalunya akan memakan diri sendiri. Berlakulah jujur dan saling percaya mempercayai antara pasangan anda kerana itulah yang akan mengukuhkan lagi hubungan anda. Semoga hubungan itu akan kekal selama-lamanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL…