BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 18, 2012

Kenapa ALLAH Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Cinta adalah satu anugerah yang paling berharga yang dimiliki oleh insan terpilih. Hanya insan bertuah sahaja yang mendapatkan cinta yang tulus ikhlas dari pasangannya yang ikhlas mencintai. Namun, pengalaman sering mengajar kita erti kehidupan sebenar. 
Ramai yang berubah kerana cinta dan ramai yang kecewa kerana cinta. Ada yang langsung tidak mempercayai cinta akibat pernah terluka, tertipu, dan sebagainya. Namun, kita tidak perlu ingin bahawa cinta yang pergi tidak semestinya akan pergi selama-lamanya. Mungkin cinta yang berlalu pergi ada hikmah disebaliknya. Mungkin Yang Maha Esa akan memberikan cinta yang lebih baik menggantikan cinta yang berlalu pergi.
Perkara yang perlu kita elakkan didalam perhubungan adalah sikap tidak mempercayai pasangan. Sering berprasangka buruk kepada pasangan selalunya akan memakan diri sendiri. Berlakulah jujur dan saling percaya mempercayai antara pasangan anda kerana itulah yang akan mengukuhkan lagi hubungan anda. Semoga hubungan itu akan kekal selama-lamanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL…

0 comments ::