BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 19, 2013

:: Malaysia ~ Chelsea ~ Barcelona ::

hola guys...
assalamualaikum dan selamat berpuasa semua...
:)
okey..actually kan niat di hati memang nak sambung lagi pasal Andai Itu Telah Tertulis Untukku bahagian 2...
but then idea tu macam nak tak nak la plak datang...
macam kepala hotak ni dah kering dengan idea-idea since jadi penganggur terhormat sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengutuskan surat chenta~~hahaha...
maybe lepas raya la gamaknya...hihi..
actually..
guest what...
u'oll dah baca kan tajuk entry tu...
Malaysia ~ Chelsea ~ Barcelona
dan tarikh nya sudah tiba...
21 Julai 2013 @ 8.45 pm
(tapi bagi yang muslim tu ingat-ingat kita dalam bulan Ramadhan..kalau boleh jangan la ditinggalkannya solat sunat Terawih tu..kalau boleh lah ye..~~hee..i'm sorry sebab aQ pun bukannya perfect sgt )

ekh...~~jap...bila aQ fikir semula, sejak bila aQ minat bola ni ekh..~~aduhh...tu yang aQ dok pikir dari dulu...sampai sekarang tak dapat jawapannya...dulu bukan nya suka pun bola ni...huhu...ada sesapa yang punya jawapan untuk saya tak..~~~


okey...setahu aQ la player Harimau Malaya yg involve dgn tour match ni Piya, Matyo, Aidil, Apek, Wan Zack, Mahalli, Safiq Rahim....
okey..
kalau korang nak lagi tahu sapa player Malaysia yang terlibat, korang boleh rujuk blog ni...



ok..next..match antara Malaysia dengan Barcelona...
akan diadakan pada 10 Ogos 2013
tak silap masa tu raya ketiga...
u know what esoknya plak tu abang aQ nikah..and guess aQ plak kena handle untuk decorate barang hantaran dia...
means kang sambil layan match Barcelona - Malaysia sambil make over barang hantaran tu..
hoho
tapi tak pe...ada kazen-kazen and akak-akak ipar aQ...
heeee~~~


kedua-dua match ni jatuh pada bulan Ramadhan and Syawal...tapi pada pemain-pemain Malaysia hope janganlah ada yang lemah sebab bulan puasa, pastikan energy dan stamina tu ada okey... wish u all the best, tunjukkan bakat yang korang ada...
heee...~~~
okey..
chowww dulu..
wassalam dan selamat berbuka..




Friday, July 12, 2013

:: Andai itu Telah Tertulis Untukku ~ Part 1 ::


inikah yang perlu aku lalui...??kenapa aku..??kenapa...~~~!!!????? "ya Allah..aku dah tak kuat untuk hadapi semua ni...Kau berikanlah aku kekuatan untuk lalui dugaan yang telah engkau berikan kepada aku saat ini.. Ya ALLAH, jika suatu saat aku kehilangan tujuan dan harapan, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan impikan"pinta Damia dalam doanya.

*******

"hai Damia.." sapa Asyraf.. Lantas Damia mendongak untuk melihat orang yang menyapa di perpustakaan itu. "ekh..hai Asyraf..". "Mia sorang je ke..ermm..boleh Acap duduk sekali tak dekat sini..?"soal Asyraf. "Ha'ah..Mia sorang je..member-member lain semuanya ada hal..rasa bosan tu yang datang sini..at least dapat juga cari mood untuk study" ujar Damia sambil melemparkan senyuman pada Asyraf. Dan kerana senyuman Damia itulah yang telah membuatkan Asyraf meminatinya dalam diam. "Lepas ni Mia free tak.? Ingat nak ajak Mia minum-minum dekat kafe bawah tu.?". "errmmm..free je..kalau macam tu kita pergi sekarang lah..dah lama sangat menghadap buku ni..hehe.."

Damia. Insan yang pernah dilukai hatinya oleh insan bernama lelaki. Disebabkan itu, Damia susah dan berhati-hati dalam memilih insan yang akan singgah dihatinya sehingga ke akhir nyawanya. Saat itu, kenangan lama kembali menghantui fikiran Damia.

******

"Mia..! Mia..! ekh..jom ikut aku kejap..ada something yang aku nak tunjuk kat kau ni..antara kau percaya dengan tidak je.." ujar Tasya. "Errmmm...apa dia Sya..?" "Mia, kau tengok tu..Kau tengok dengan mata kau sendiri. Tu si Fahmi kan..? Dah lama aku perhatikan dia selalu je dengan budak perempuan tu. Dia tak ada cakap apa-apa pada kau ke..?"aku dihujani pertanyaan dari Tasya. "ermmm..tak apa lah Tasya. Nanti aku tanya pada Fahmi sendiri. Maybe kawan je kot." jawapan sekadar hanya untuk menyedapkan hati sendiri.

Keesokkan harinya, Damia pergi berjumpa dengan Fahmi untuk bertanyakan apa yang dilihatnya semalam. "ermmm,awak..sapa budak perempuan yang dengan awak semalam tu.? Bukan main mesra lagi.? Bukan ke awak cakap semalam awak nak siapkan assignments awak.? Tapi kenapa semalam saya nampak awak dekat mall dengan seorang budak perempuan. Siap berpegangan tangan lagi...???".. "Ekh, yang awak sibuk-sibuk nak tahu tu kenapa...? Dia tu junior saya je lah. Adik angkat saya..Dah semalam saya bosan, saya keluarlah sekejap."jawab Fahmi. "Awak, saya tak buta lagi. Saya tak bodoh lagi untuk apa yang saya nampak semalam tu awak. Kalau betul lah takkan la sampai berpegangan tangan, mesra sangat. Kalau awak rasa awak dah tak nak dengan saya, fine...awak terus terang je dengan saya. Tak perlu nak bohong saya, tak perlu nak mainkan perasaan saya...! Mana janji-janji awak sebelum ni..? ha..???awak ingat saya ni patung, yang tiada perasaan...!"ujar Damia dan disaat itu air matanya jatuh berguguran ke bumi. "Ish...~~awak ni...ok...enoughh...!!urrgghhhh~~~!!!" jerit Fahmi sambil berlalu pergi.

teeettt...teeett...~~~"awak, saya nak putuskan hubungan kita. saya dah ada orang lain. salam.~Fahmi." . Mesej yang diterima dibaca dan riak wajah Damia terus bertukar. Berderai airmata Damia saat itu. Damia memikirkan apa salahnya sehingga Fahmi sanggup buat begitu padanya.. Mana janji yang telah dilafazkan semasa mereka berjumpa kedua orang tua Damia..? Itu yang buat Damia berasa kesal terhadap Fahmi. Betullah cakap orang, cinta itu buta...dan manusia akan menjadi buta apabila dikelilingi dengan kecantikkan dunia semata dan kekayaan. Sejak dari tu, Damia susah nak percayakan lelaki dan susah untuk menerima lelaki yang cuba hadir dalam hidup dia.


BERSAMBUNG.........

Monday, July 8, 2013

:: salam ramadhan al-mubarak ::


8th July 2013 @ 9.04pm


kumengharapkan ramadhan... 
kali ini penuh makna... 
agar dapat kulalui... 
dengan sempurna..

assalamualaikum sahabat...
tinggal sehari je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan...
korang dah bersedia ke...??
alhamdulillah...kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah Puasa tahun ni..
mana tahu mungkin ini tahun terakhir kita...???



anyway...
sempena Ramadhan kali ni, saya menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap..
takut tak sempat untuk kita bertemu pada Ramadhan seterusnya...
dan berharap agar Ramadhan kali ini akan mendekatkan diri kita dgn Allah...
semoga diampunkan dosa-dosa kita..

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”

bagi sesapa yang dah lupa niat puasa tu...**amboi, tak kan dah lupa kot....
nah...baca dan ingat..tak mo lupa lagi deh...

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.

tak mo ponteng-ponteng solat Terawih ye kawan-kawan...
sama-samalah kita memperbaiki diri kita....
kita memang tak sempurna dan tak lepas dari kesilapan...
bagi yang gastrik tu, jangan lupa sahur..
jangan tak puasa plak dengan alasan gastrik...
hihihihi...
tak baik tau.. :)
May This Ramadan be as bright as ever, bring joy, health and wealth to us :)

Friday, July 5, 2013

::TeduhanKasih vS SebenarnyaSayaIsteriDia::


5th July 2013 @ 10.28pm
holla guys....
haa...
mesti baru lepas tengok cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia kan...
hihihi...
so, macam mana lepas dah tahu kesudahan cerita tu...
ala...korang mesti dah tahu kan sebab dah baca novel dia...
actually..
minggu ni je 2 paberet cerita aQ tamat...
first Teduhan Kasih and second ni SSID...
aQ sebenarnya TAK baca lagi pun nenovel nya...
hik hik hik...
masa mula-mula tu seyesly aQ memang tak minat dan tak tengok langsung dua-dua cerita ni...
then...haaa...macam mana aQ boleh jatuh hati...??
sapa tahu ce keluarkan mata....
hak hak hak...
saja nak kejam kat korang...


meh aQ story...
Teduhan Kasih ni aQ start tengok after errrrr..macam mana ekh nak cakap...
ha...masa tu aQ balik rumah dari kolej...biasa la cuti weekends...
Sg Buloh - Batu Pahat..bas pukul 9.20pm...
sampai pun dalam pukul 12.40 pagi mcm tu...
tup tap tup tap ready nak tido dalam pukul 2 pagi macam tu..ada satu panggilan telefon masuk...
tengok-tengok MY LOVE...
berbual-bual dengan dia lps tu tetiba dia suruh buka internet cari lagu "Hanya Aku"..
dpn mata ada Tablet abang aQ, aQ search..tp Line tenet plak mcam haram....
then last2 dia bagi aQ dengar and dia nyanyikan sekali untuk aQ..
aQ tanya dia...ni lagu apa semua bagai kan..dia cakap ni lagu cerita Teduhan Kasih yg kat tB 3 tu pukul 7pm selalu tu...
masa tu tak silap aQ dah episod berbelas gak lah...
dari lagu terus jatuh cinta dengan ceritanya dan jugak jatuh cinta dengan Ehsan..
gila romantik bhai...cair aQ...
tu yang tiap kali pukul 7pm sharp dah ada kat depan tB..
heeee~~~


ok...next is about Sebenarnya Saya Isteri Dia...


heee...awalnya aQ tak kenal pun mana satu si Izzue Islam yg dyorg dok heboh satu meleysia ni...
huhu..kecian kan kat aQ..hahahaha
aQ start follow cerita ni 3 episod yang terakhir...
perghhh...lagi kecian kat aQ ni..mcm orang jakun je...
huhu...sob..sob..sob...
kawan-kawan kat kolej masa tu semua dok cakap best gila cerita ni...
tapi aQ cakap..."errr...ntah la..tak tengok pun..."huhuhu
bila dah tengok sekali mak aihhh...
hati ku terus terpaut...
cewaaahhhh~~~koya...
dan dari situ jgak lah aQ jatuh hati pada Firash Arshad a.k.a Izzue Islam...
woii..dia dah kawen dah tu...haiiipp..haaiip...
heeee...
hari last episod nyaris-nyaris tak dapat tengok disebabkan dekoder ASTRO yg macam ***** tu buat hal...
naseb ada account TONTON and live streaming...boleh tengok tau..
kalau tak....
haih...



anyway...dua-dua cerita ni ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil...
ada yang terkena pada batang hidung sendiri kan...????
heeee.....
so, korang fikirlah...
mana yang baik kita ikut...
mana yang burok tu kita tinggalkan..
okeyh...~~~
apapun...
aQ adios dulu....

**saya malu mencintai orang yang tak pernah mencintai saya ‎#SSID ‎#AyatYangPalingSedih

**untuk dia yang baca ni....apa pun keputusan awak...saya nak awak tahu satu perkara...saya tetap sayangkan awak..sebab awak yang cuba buka hati saya setelah saya tutup kerana dilukai...awak saya masukkan sebagai orang yang penting dalam hidup saya...andai awak pilih jalan lain untuk tidak bersama saya...saya akan redhakan demi melihat awak gembira dan bahagia... :")
itu janji saya...nama awak tak pernah saya lupa selitkan di dalam doa selepas saya solat....
saya percaya dan yakin dengan apa yang dah tertulis ada hikmah disebaliknya...



Thursday, July 4, 2013

★ seriously i'm craving...~~!!! ★


4th July 2013 @ 1741H
assalamualaikum...
heee...~~saja je nak menghupdate belog ni...
sebab bosan sangat doh lo ni...
ye la...
sejak dua menjak jadi PENGANGGUR TERHORMAT kan...
tak tahu la nak buat apa...
nak keje MEM dgn TUAN besar tak bagi...
hihihihi
tengah-tengah dok tengok tB ni, fikiran ntah melayang ke mana kan...
tetiba kau....
ada satu yang melintas di fikiran....
guest what...???
NASI KERABU...


haaa...hamek kau...
tetiba je rasa MENGIDAM bakk hangg la...
tadi masa pergi Hari Keusahawanan kat sekolah menengah aQ dulu tu ada bdk jual Nasi Kerabu ni..
aQ dok pakat dgn si Suhaibah..tok seyh la weyh beli...
lain rasanya nanti menyesal je...tak orii...~~~
huuuuu...nak nasi kerabu yg kat sepital sg buloh tu...
tak pun yang mak cik jual depan kolej tu...~~~
huuuu.....
nak....~~!!!!! (sambil menghentak-hentak kaki)
kat sini susah nak dapat yang rasa dia betul-betul ummmpphhh la...
nway kan....
aQ ni mana pernah makan..dan tak pernah suka pun makan Nasi Kerabu...
ye la...
tak kena dengan selera....
then satu hari tu tengah praktikal kat sepital...hati tetiba je mcm nak merasa macam mana rasanya nasi kerabu ni ekh...
ok..first trial tu naseb boleh masuk..cuma nya kurang suka kat kerabu tu sebab ada rasa herbs sikit..
but then...
boleh lah habis..
then since tu memang suka makan...
ketagih mak dengan nasi kerabu...
hihihihi....
alahai....
terliur dah ni..
by the way..
anyone tahu tak kat mana ada jual nasi kerabu yang kira sedap lah kat area muar / batu pahat ni...
huhu
share-share lah...
dah mengidam ni...~~~!!!
huuuuu...
(mengidam konon mengalahkan orang yang mengandung je...hikhikhik)
atau sesapa ada resepi dia ke...
orang kata sharing is caring gitu
 :)
heeee...~~~~~ :D