BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 3, 2013

mungkin akan tiba jua saat itu~~

hyep...~
hari ni aQ cuti...~
so..bosan duduk kat bilik, layan je la fB ni..
scroll...scroll dan scroll fB tu sampai bosan...
terjumpa satu status ni...
errmmm...
and tetiba rasa nak mohon share..~

*Bismillahirrahmanirahiim*
♥♥ Nanti.. Kalau aku bukanlah aku.. Dan hidupku tidak lagi milikku.. Berani kan aku untuk mengucapkan kata terakhirku!
Nanti.. Kalau kamu bukanlahh kamu.. Dan hidupmu tidak lg bersamaku.. Berani kan aku untuk tersenyum dan melambaikan tangan untuk kepergianku!

Nanti.. Mungkin aku tidak lagi tertawa.. Dan tawaku tidak lagi karena kamu.. Berani kan aku untuk sekali saja melirik kamu dan menahan senyumku!
Nanti.. Bila tangan ini lelah mendekapmu.. Dan hati ini lelah menjaga bayangmu.. Biarkan aku beristirahat dan diam disampingmu..
Sampai nanti waktu berlalu, dan aku tidak lagi memiliki apa yg dulu aku miliki! Sampai nanti.. goresan luka berubah menjadi manis perjuangan hidup yg aku lalui! Sampai nanti.. Aku menutup hariku dengan senyum tulus dipenghujung hari!
Dan nanti itu.. Waktu yg mau aku lewati bersama kamu disamping aku!
Hujan turun bukan karena dia ingin turun.. Tapi karena awan yg membuat rintikan air tercipta! Dan cinta kita..
Bukan karena dia lantas ingin muncul.. Tetapi karena kita yg membuat percikan cinta muncul dan kini menjadi sebuah cerita cinta!...Insya Allah,

dan ianya punya maksud yang tersendiri...mendalam...
hanya kita yang bisa memahaminya...

encik kopi dan puan tampal
with love from me...
hihihikk..~~

Monday, October 28, 2013

| dan bersabarlah wahai hati |

28/10/2013
2314H

assalamualaikum...~~
hello readers..~~
sorry to say sebab dah lama tak menghupdate cool belog ni..~~
hehehek.. 
ye la..
since dah officially jadi penjawat awam ni, komitmen and tanggungjawab tu lebih diarahkan pada tugas yang sebenar...


lagi-lagi dapat department yang sangat memerlukan komitmen yang tinggi..~~
Intensive Care Unit (ICU) di salah sebuah hospital kerajaan ni..~~
dulu..
masa jadi Pelatih a.k.a student nurse memang la tak terasa bebanan tu sebabnya if apa apa yang berlaku ada orang back up...
tapi bila dah kerja ni, everything dari awal sampai habis menjadi tanggungjawab kita...tak de orang yang back up lagi...
one thing yang aQ belajar since dah manage and incharge pesakit adalah as a nurse perlukan tahap kesabaran yang paling maximum, yang paling gaban sekali...~~
if not everyone will blame on you..~
aQ ni bukannya penyabar..~
as who know about me, aQ ni seorang yang HOT-TEMPERED~~and jenis manusia yang mulut lepas je bila dah tak tahan dengan sesuatu..~~
so,bila dah start kerja ni aQ cuba untuk pupuk semula tahap kesabaran aQ..
ada pernah one day tu aQ rasa memang tahap kesabaran aQ dah habis limit..~~
and tyme tu kalau boleh aQ rasa nak menangis, nak menjerit, nak maki, nak marah pesakit tu sebab nya memang dah tak boleh nak kawal lagi..~

tapi..
alhamdulillah, aQ still try untuk kawal hati dan perasaan aQ...mujur masa tu ada senior staff yang tolong and waktu tu hampir waktu melawat..~
so, aQ buat la macam okey padahal masa tu kelam kabut dah nak pukul 2 dah nak tukar ke syif petang dengan report tak buat lagi, nak tengok order dari doktor, nak buat itu ini..~~pffftttt and aQ rasa kalau aQ tak kuat tyme tu aQ memang akan give up and biarkan je benda benda tu semua...
**sometimes tu kena jugak jadi hipokrit macam takde apa-apa yang berlaku...~~heeee
bila kita fikirkan semula, semua ni adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu kita pikul...




Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153).

 “Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.” (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).


good night... :)
with love from me...
**kalau terjumpa tegur-tegur la ye.. :)

Saturday, September 28, 2013

:: masih mampu untuk tersenyum ::

28/9/2013 @ 11:20PM

ollaa..~~~
assalamualaikum...
waaa..ni baru je ada masa nak mengupdate blog...
minggu yang busy bila dah start attachment kat wad...
walaupun hanya seminggu...
pffftttt...~~~
penat la jgak...
and banyak benda yang boleh belajar dan ada jgak perkara yang buat rasa nak maki je..
hoho..
nasib fikir aQ ni freshie je..
lolzz..
aQ dapat attachment kat wad PAEDIATRIC ONCOLOGY & NEPHROLOGY..~
errmm..
first tyme masuk rasa kasihan dan sedih bertimbun-timbun dalam diri ni..
kenapa..?
sebabnya tengok adik-adik kecil...insan kecil yang suci menghidapi sakit especially yang cancer & end stage of renal failure..
bagi yang cancer tu ada yang menghidapi leukemia, Rhabdomyosarcoma, Systemic Lupus Erythemathosus (SLE)..dan bagi kes nephro plak mostly kena Nephrotic Syndrome, End Stage Of Renal Failure..
ok..meh aQ terangkan serba sedikit tentang penyakit-penyakit tersebut...

Leukemia : adalah sejenis kanser yang menyerang sel-sel darah..dimana sel-sel kanser akan menyerang Bone Marrow (tulang sum-sum) yang berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah..dalam hal ini, apabila sel-sel kanser ini menyerang akan menghasilkan sel-sel darah putih yang abnormal dikenali sebagai Sel Leukemia..terdapat 4 jenis Leukemia iaitu 
~ Acute lymphoblastic leukemia, or ALL.
~ Acute myelogenous leukemia, or AML.
~ Chronic lymphocytic leukemia, or CLL.
~ Chronic myelogenous leukemia, or CML.



Rhabdomyosarcoma : adalah sejenis sel kanser yang malignant yang menyerang bahagian soft tissue..kebiasaannya ia akan menyerang bahagian kepala & leher, urogenital tract serta lengan & kaki... (klik sini untuk info lebih lanjut2)


Nephrotic Syndrome : adalah sejenis penyakit yang disebabkan kehadiran protein dalam urin dimana akan menyebabkan kerosakkan buah pinggang..



Systemic Lupus Erythemathosus (SLE) : adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.. 


ermmmm...
one thing la yang terlintas difikiran aQ masa dalam wad tu, sungguh kuat adik-adik ni meneruskan hidup walaupun sentiasa kena buat chemotheraphy, dialysis dan mereka tetap mampu tersenyum...
dan walaupun mereka tahu nyawa mereka tak lama...mereka tetap mahu melihat orang disekeliling mereka tersenyum terutama ibu bapa mereka...




Friday, September 20, 2013

♡ Perhubungan Jarak Jauh ♡

21/9/13 @ 12:18 am

hey u'ollsss...
assalamualaikum...
lama gila rasanya tak hup-tu-det blog ni...
last seen pun kira-kira 2 minggu lebih yang lepas...
huhu...
lately ni busy lepas dah mendaftarkan diri sebagai Penjawat Awam di salah sebuah hospital negeri Johor..~~hik hik hik..
kami sedia membantu.. :)
##banyak benor intro nye ni hanim oii..~~~
hohoho..


okey malam ni tetiba terlintas nak menulis pasal P.J.J...bukan pendidikan jarak jauh..tapi perhubungan jarak jauh atau bahasa susahnya Long Distance Relationship...


mesti ada readers yang pernah alaminya kan...same with me...aQ sekarang ni tengah mengalaminya..~~
uhukkk..uhukk...sob..sob...
aQ sekarang ni ada kat Johor Bahru, dia plak skrg ada kat Sg Buloh and around akhir bulan 10 dia akan balik kampung kat Kelantan...
pppffftttt~~
jauh deh..hok selatan ko pantai timur..susoh kito lo nim..parox ah weyh...berat sunggoh..~
and...
persoalan yang sering melanda setiap orang berkaitan dengan P.J.J ni..~~


~. boleh percaya ke pasangan kau kat sana.?
~ kau tak risau ke pasangan kau pasang lain selain dari kau..
~ kau yakin ke dengan apa yang dia cakap dengan kau..ye la kau kat sini, dia kat sana..mulut boleh cakap apa-apa je..
~ boleh ke hubungan kau dengan dia kekal.?
~ ala, kau cari je la yang ada kat sini..at least takde la kau bosan sebab jauh dengan dia...
~ dan banyak lagi soalan-soalan "pandai" yang diajukan..



okey..jawapan aQ..:

dalam setiap perhubungan mesti ada benda ni..Kepercayaan..Kesetiaan..Kejujuran..itu adalah ramuan paling penting dalam setiap perhubungan..memang aQ risau..tapi risau aQ ada batasnya..always think positive..~apa orang kata biar kita jujur...dan aQ percaya apa yang sedang aQ alami sekarang ni..in shaa Allah ada jodoh kami, alhamdulillah...semua ni Qada' dan Qadar Allah...kita takde hak nak mempertikaikannya...kun fayakun...~

and pada aQ bila aQ dah start sayang seseorang, its hard utk aQ sesenang rasa hati nak cari orang lain...not my way..~ biarlah ada yang suruh aQ cari lain, tapi dengan atas dasar JUJUR, aQ tak nak mainkan hati dan perasaan orang yang aQ sayang..~itu cara aQ..memang la tak dapat jumpa selalu...tapi dengan cara itulah akan meningkatkan lagi rasa RINDU dan SAYANG aQ pada dia..if dia nak buat yang sebaliknya, itu hal antara dia dengan Allah..hoho..hari-hari jugak la aQ stalk FB dia, whatsapp dia//tapi buat masa dua, tiga hari ni tak nak ganggu dia sangat sebab dia nak Mid sem exam..but aQ try nak bagi semangat pada dia..at least dalam doa disetiap sujud aQ akan aQ selit utk dia dan kami..~

♡ untuk encik hati saya, good luck dear for your exam...~do the best as you can okey.~ and untuk pembaca yang ada komen, pengalaman or anything nak share, tinggalkan comments anda ye...tQ~~ ♡


Wednesday, September 4, 2013

:: Contest Blogger : Apa kata blogger tentang trafik blog? ::

4th September 2013
5:15PM

olla guys..~
assalamualaikum...
heeee...actually kan memang nak hupdate belog ni...
tapi encik IDEA ni punya malu-malu nak keluar..~~
apa pun tak boleh...
lepas tu sesaja la BLOGWALKING (sebab saja nak membazirkan masa yang ada) ke blog-blog mereka yang dah berpengalaman..
macam Encik Hasrul Hassan, Ben Ashaari, Aku Penghibur (Acik), Yuyu, dan ramai lagilah...
memang suka melawat site mereka..
ngeeee~~~
tengah jenjalan kat blog tetiba nampak satu contest ni..sebelum ni aQ tak pernah pun masuk mana-mana contest...tapi kali ni saja je nak try..
nak tahu contest apa..meh klik sini 


traffik blog.?? apa tu ekh..sejenis kuih ke..??ohh..tidak..tidak...traffik blog ni diklasifikasikan sebagai rating untuk melihat berapa ramai orang yang sudi menjengah blog-blog yang ada..aQ ni actually bukanlah blogger tegar...tak femes elmes pun..newbie je pom..hoho..mula-mula aQ join blog ni just for fun je dan juga hobi sampingan untuk berkongsi idea dan meluahkan apa yang aQ rasa sebagai cik MISI..heee..tapi bila tengok ramai yang dah berjaya dengan blog masing-masing, terasa nak tahu jugak macam mana mereka boleh jadi femes dan dikenali ramai...so, setelah diteliti, sebagai blogger, kita perlukan entry yang senang orang nak beri pendapat + bermanfaat supaya kita boleh menarik minat orang supaya melawat tapak blog kita dan sekali gus menaikkan traffic blog..dari situ lah orang ramai akan mula berkata-kata mengenai blog kita disamping boleh menambahkan pendapatan dengan iklan-iklan yang ada seperti Nuffnang..

traffic blog ni sebenarnya penting kepada blogger tu sendiri..macam aQ kekadang tu bersyukur la jgak walaupun traffic blog aQ tak tinggi, tapi still ada yang sudi menjengah...kenapa ianya penting..?kerana traffic blog inilah yang akan menentukan samada blog kita ni akan terus hidup sebagai pemberi maklumat ataupun akan terbiar begitu sahaja ditelan dek masa...takkan kita dah berpenat luangkan masa untuk buat blog, and then kita nak tinggalkan macam tu je kan..? at least kita mesti punya usaha untuk memperkenalkan blog kita disamping berkongsi pendapat bersama (bila ramai yang sudi berkongsi pendapat, secara automatik traffik blog meningkat kan)..hihihi...

errrkkk..~~okey la..apa yang ditulis kat atas tu cuma pendapat aQ je..maybe lain orang lain pendapatnya..so, sesapa yang free tu, jom lah join contest ni...hadiah pun menarik tau.. :) 

Tarikh pertandingan ialah : 30 Ogos - 30 September 2013

Hadiah  Pertandingan :

Tempat pertama       : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri
Tempat kedua          : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri
Tempat ketiga          : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
Referral terbanyak    : RM50 seorang x 5 


Syarat - syarat  pertandingan :
Tulis satu entry mengenai "Apa kata blogger tentang trafik blog?
Masukkan link laman web ini di dalam contest itu.
Submit url penyertaan anda melalui ruangan komen di bawah post ini.
Anda bebas mengunakan kreativiti anda, tiada banner khas untuk contest ini asalkan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyakitkan hati.

yang terakhir dari saya, SELAMAT BERCONTEST... :)